Wednesday, April 30, 2014

Majlis Kecemerlangan SPM 2013

Assalamualaikum,
Salam Rejab ^_^

Sebenarnya tadi aku baru je balik dari majlis dinner kat sekolah untuk anugerah pelajar cemerlang SPM. So yeah, a bit exhausted and not really happy since this kind of occassion is not my  fondness at all though I'm one of the students that were celebrated there.

Start pukul 8 dan habis pukul 10.30. Tapiiii... tu dalam tentatif program. Yang sebenarnya mula pukul 8.45 dan habis pukul 11 malam. Aku ni punya lah gabra sampai pukul 8.10 ingatkan dah lewat sebab cikgu pesan suruh datang sebelum pukul 8 untuk pendaftaran pastu dengan bersedia untuk masuk dewan apa.

Haha. To be truth, memang dari mula aku taknak datang majlis ni 'cause it really make me feel troubled. Macam2 alasan aku bagi kat Umi sebab taknak pergi. Pastu umi cakap lah nanti tua2 mesti terkenang balik pastu mula lah rasa menyesal tak ikut aktiviti sekolah. Lagipun umi kata cikgu2 penat2 prepare untuk majlis ni. Jadi, aku pun paksa jugak untuk pergi.
If you can see (me) kat atas sekali, kedua dari kiri (yang tersembul kepala saja tu)

Tapi kan, sebenarnya tak best mana pun. Makan2 pastu naik pentas amik sijil dan snap picture banyak2 (orang lain je banyak, aku tukang tengok je). Then balik. Em. that's all. Not so much to be remembered.

Part yang aku paling boring ialah untuk snapping picture tu. Remaja zaman sekarang memang gila selfie eh. Aku rasa masa tu, setiap saat ada je 'snap', 'flash' dan seangkatan dengannya. Aku cuma di 'snap' masa terima sijil. Tu je..

Okay, that's all.
Nothing more to rant about (I think so)
Then, jyaa ^0^
Assalamualaikum

Monday, April 21, 2014

Tersebutlah kisah...

Assalamualaikum~
Hai... kenapa blog I bersawang ni? (ahakzz)
Tiba-tiba ber-I ni jadi pelik pulak.. hehe.. buang tebiat lama dah tak bukak blog kut.

Hari tu kan, 17/4 ada lah pergi UKCG kat IPG Kampus Kota Bharu, Pengkalan Chepa.
Bila dapat tahu dapat UKCG kat Kelantan ni je, syukur sangat sebab bila baca status orang lain kat FB, ada yang dapat luar Kelantan, jadi Alhamdulillah Allah tolong. Dan aku dapat subjek Pendidikan Khas yang merupakan 2nd choice, 1st choice adalah Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Tapi aku tak kisah sangat asalkan boleh jadi cikgu.. Hehehe... Maybe I ada aura jadi cikgu yang diperturunkan oleh my dearest Walid. XD .. Hehe, boleh jadi. (Sebab ramai orang kata yang Walid ni memang aura cikgu-nya sangat menyerlah) hoho...

. Sebenarnya hari tu memang banyak rancangan, terutamanya my parents. On that day, my brother yang Form 2 ada kem memanah kat sekolah Walid, jadi nak mengantar tak sempat, so mintak tolong kawan Walid tolong hantar pergi sekolah. Dan hari tu juga sebelum pukul 10 nak kena ambik saudara yang datang dari Narathiwat nak dibawa ke pejabat tanah (adalah, urusan keluarga). Jadi hari tu memang sangat kelam kabut. Dahlah ujian mula pukul 12 tengah hari, dan nak kena ada kat situ 30 minutes early!Namun, secara tiba-tiba dan tak kena, I got my p***** dan ia menambah lagi kekalutan dengan benda tu tak bawak lagi. That's why I'm being a masochist*
Tapi dah rasa tak sempat sangat nak sampai, aku biorkan ajo!!! Ohohooho, sungguh menyeksa diri. *

Dalam hati ni dah gundah gulana, dok pikir "Alahai... sempat ke tak, nak pergi UKCG ni" . Mulut dah muncung, ngomel-ngomel sikit, keluh-mengeluh dan seangkatan dengannya. Umi pun cakaplah (nak pujuk) "kalau kita tolong orang, nanti Allah mudahkan urusan kita". Aku ni pun cubalah 'telan' kata pujukan tu, nak sedapkan hati. *Try to put your faith on Allah, can you?!* Nak cari tempat ni pun bukan main payah, adalah beberapa kali tu dok tawaf kawasan PC tu nak cari dimanakan bersinggah sananya sebuah istana yang bernama IPG ni. Akhirnya jumpa jugak, bila masuk je kawasan IPG kenalah pulak cari dewan dan... bermulah marathon tak rasmi ke dewan.

 Sampai aje dekat dewan untuk ujian bertulis (dengan semua manusia yang ambil ujian tu dah siap sedia nak terkam kertas), terus aku menerpa masuk, cari tempat duduk berpandukan kertas yang ditampal kat luar dewan. Alhamdulillah, selesai jawab aku keluar cari Umi. Umi, nak susu, nak lampin, nak dukung~ Erk... camtulah lagaknya XD

Pastu kena tunggu pulak untuk Ujian Fizikal, pukul 3.15 petang. Aku termasuk dalam kelompok 2. Best sangat sebelum tu, aku jumpa ramai budak lain, kami kira peramah jugaklah, walaupun tak kenal, tapi tak lokek senyum, tak lokek pertolongan, dan tak lokek berkongsi pengalaman.

Sebelum masuk dewan untuk ujian tu, kena panaskan badan dulu dan diorang ada bagi kertas kecik. Masuk je dewan, diorang terangkan yang ada 6 tahap yang perlu lepas.

Tahap 1 - Ujian BMI (ukur tinggi dan berat badan)
Tahap 2 - Bangkit tubi (yang ni, aku tak boleh buat walaupun masa sebelum ni aku ada buat latihan, mungkin sebab asyik makan tidur lepas SPM, perut dah jadi macam mama Giant yang dalam cerita doraemon tu. Kalau yang dah kena PLKN mungkin senang kot..)
Tahap 3 - Lompat dalam petak selama seminit, dan tak boleh pijak garisan.
Tahap 4 - Berdiri dalam keadaan senam diri membelakangi dinding, lepas tu bongkokkan badan untuk sentuh lantai dan bangun semula untuk sentuh dinding kat belakang. (Yang ni kalau tak buat warm up memang sakit urat peha)
Tahap 5 - (ahhhhhhh!!! tak ingat yang ni!!)
Tahap 6 - Lari ulang alik, 20meter x 6-7kali. (Yaaahhh!!! yang ni paling penat dan menyeksa jiwa dan raga)

InsyaAllah semua tahap aku lepas kecuali yang bangkit tubi tu... Memang menyedihkan.... keaiban yang terbesar.. huhuu...

Akhirnya, berakhir jugak ujian tu, dan sampai kat rumah lepas Asar. Walaupun letih sangat sampai tahap boleh pengsan, aku bersyukur sangat sebab dapat pengalaman macam tu. Eventhough hari tu aku nak marah, gelisah, excited, letih, there are this people who stay with me until the end especially Umi. I really appreciate it.... I can't make it without you~ T.T seriously.... rasa cam budak darjah 1 balik. Umi teman sejak mula lagi, tunggu kat luar dewan dengan sabarnya.. Tak lupa juga to my Walid dan budak besar tu, Mc Ngoshhh@ Angah my brother yang menjadi driver XD. DOMO ARIGATOU GOZAIMASU~
Anata-tachi wa suggoku yasashi dayo~~~ Terharu nehh~ T,T

Umm... ummm.. lagi apa ehh?
Oh ya, tata~ Assalamualaikum..
jya nee~ ^_^



Thursday, February 20, 2014

Kecil-kecil dulu kan...

Assalamualaikum~
Hai..

Kali ni nak cerita masa zaman budak dulu.
Masa kecil, Umi dan Walid adalah idola aku yang sangat aku sayangi. Sebab kecil lagi, jadi aku ingat semua orang dewasa macam Umi dan Walid. Baik, tak pernah tipu orang, tak suka tabur fitnah, penyayang dan sebagainya. Masa tu, aku rasakan yang orang dewasa ni adalah sempurna.

Masa kecil - kecil dulu, aku ingat semua orang bila besar akan jadi orang baik, selalu solat dan macam-macam lagi tak kira la masa kecik dia tu nakal ke, jahat sikit ke . Hehe..
Memang tak terlintas lansung yang seorang kanak-kanak yang kecil tu bila besar  boleh jadi macam macam, tak kira baik atau jahat.

Satu lagi, kecil-kecil dulu kan, aku ingat semua orang kenal Walid sebab masa dalam kereta, kadang-kadang Walid akan hon dekat kenderaan tertentu *maknanya yang Walid kenal*. Oleh sebab tu, aku rasa yang orang dewasa ni sangat-sangat baik.

Tapi bila aku baca surat khabar/majalah/buku, masa umur 9 tahun, aku terkejut baca fakta yang ramai orang Islam tak solat, buat jenayah dan lain-lain. Masa umur tu lah, pandangan aku tentang dunia luar berubah. Aku tak percaya pada orang dewasa selain Umi dan Walid. Aku rasa yang mereka cuma pura-pura baik.

Okey, tu masa aku umur 9 tahun. Bila masuk tingkatan 1, sekali lagi aku tukar pandangan. Rupa-rupanya, tak semua orang dewasa hipokrit. Aku belajar tentang baik dan buruknya dunia luar. Tetap, aku takut untuk ke dunia sana sampai sekarang.


Aku takut kalau -kalau aku berubah jadi orang dewasa yang buruk sifatnya. Okey, sekarang pun sedang mendisiplinkan diri walaupun kadang- kadang terkeluar jugak sikap tak berapa baiknya.

Aku nak buang sikap malas, penakut, baran, tak bersyukur dan macam-macam lagi. Aku rasa sangat teruk bila aku marah budak-budak walaupun memang panas hati sangat-sangat. Aku jadi lupa yang sifat budak-budak memang macam tu. Aktif, degil sikit. Tapi masa tu aku jadi kurang sifat belas, mungkin terpengaruh dengan sikap ibu bapa budak tu sendiri. Aku jadi teringat dan rasa nak mengungkit bila teringatkan tentang tanggungjawab.

Perkara yang selalu aku ungkitkan dalam diri ialah "Kenapa aku kena jaga budak-budak ni sedang kan diorang ada mak ayah? Diorang bukannya anak yatim nak kena serah pada orang lain. Bila rumah tangga dah goyah, anak-anak terbengkalai. Baik tak payah kawin kalau buat menyusahkan orang saja !" Okey, aku mengaku agak kasar sikit, tapi untuk tak fikir macam tu memang agak susah.

Tapi, Umi selalu pesan supaya sabar dengan kerenah budak-budak sebab mereka ialah ahli syurga. "Kalau nak dekat dengan syurga layanlah ahli syurga." Okey, itu nasihatnya.

Tapi untuk amalkannya, rasa susah sangat. Entahlah....

Kadang-kadang aku bayangkan jugak budak-budak ni bila 10-20 tahun akan datang. Layanan aku masa sekarang, macam mana mereka akan tafsirkan nanti. Macam mana diorang akan jadi bila aku tetap macam ni. Mungkin pandangannya tentang orang dewasa dan dunia luar adalah sebaliknya yang pernah aku tafsirkan masa kecil.

Yup, masa kecil aku penuh dengan kasih sayang ibu bapa. Tapi, diorang? Kecil-kecil dah berpisah dengan ibu dan ayah. Layanan orang lain, sebaik mana pun, atau segarang mana pun, tak sama dengan ibu dan ayah tak?

Okeylah. Setakat tu je, assalamualaikum~

May Allah bless you!

Monday, December 30, 2013

Last Day in 2013

Assalamualaikum~ Hai....
Hari ni hari last dalam tahun ni kalau iku kalendar Masihi. So, typically for me to say, Happy New Year
 and may all of us can start our day with more determination  in accomplishing things that what we aim.

Yay *tetibe*
Aku dah takkan pegi sekolah tahun depan. Emmm.. sedih la jugak sikit-sikit kan....
 No more school days. Those memory that I'll miss in this life. Alamak... and hari ni jugak is my birthday. Yay~! Alhamdulillah ya Rabb.... He is the Most Powerful and Most Loving to all the creature.

Actually, sekarang ni aku tengah cuba untuk keep in distance dengan schoolmates@friends sejak cuti ni.
 Aku dah deactivate fb dan tukar url blog ni. Kad sim pun aku cabut dari henset tu. Rasanya aku takkan balas mesej diorang. Hmm

Emm... sekarang ni nak cari kerja je dulu. Boring sangat2 duduk kat rumah untuk 5+ bulan  ni. Hmm,, apasal la result SPM ni paling lambat keluar hah?...Huhu

It's way too boring now~!!!!
Okay, dah cukuplah nak komplen..Hihi
Jyaa, assalamualaikum 




Tuesday, December 03, 2013

Day END of SPM

Assalamualaikum~
Okay, look at the title. Yeah, I'm free ! Alhamdulillah semalam tepat pukul 12:30 p.m last paper, BA dah tamat. Lega sangat sangat. Tapi kan, walaupun rasa lega tapi macam ada something je yang tak kena.


Aku rasa macam sedih je. Maybe sebab sekolah dah tamat and tahun depan, aku dah tak berada di sini lagi and tak bersama kawan-kawan. Tapi bila aku fikir balik, aku rasa bukan sebab tu. Kebelakangan ni aku rasa pelik + sedih. I felt like I'm being left out by people around me. And sometimes I feel like they deceiving me. Befriended or keep close to me just because some advantages that they can get.

And I felt it yesterday. At the last annual party. I was left alone, maybe because I'm not attractive as them. I know that they are the hotties and I'm just an outcast that only needed in some situation, like in studying. Well, befriended with the hotties sure are painful, sometimes. But in a party where people could make up themselves, I'm an ugly duckling. N.I.P = Not Important Person.

Because of this, aku selalu remind kat diri supaya jangan berkongsi hal diri kat orang yang tak sudi nak ambil berat pada kita cause nobody care about us unless they could get some benefit from us.----- By family, friends.......... And at this point, I do wonder what is 'friend' actually. Are we friend? Or do we actually related by bond?

I've put too much concern on them but sometimes I demand the concern from them too. But, maybe I'm really an N.I.P to them.

Okay, that was when they didn't really care about me -----------------------------------------------

But, when they just show their smile to me, I'm delighted and my emotion was revived. I feel like they always going to be my friend who I can share my feeling. Though the person really create the painful feeling for me but when they talk or curving a nice smile to me, the sorrowful in my heart were erased. I forget the pain and my heart was opened again for them.

For this reason I know, I'll keep be deceived by people but for this reason too, I can't step forward in my life.

Nothing good for me, I thought .......

Saturday, November 16, 2013

SPM now

Okey, Assalamualaikum.
 Nampak tak tajuk kat atas?

I'm in the period of the exam!

Sekarang ni, 5 paper dah lepas. Lagi 6 subjek je. Insya-Allah  berkat doa guru, ibu bapa dan orang yang sayangi saya, 11A will be MINE.

Yosh, rasa dah cukup kot setakat ni. Got to study for three subjects for this week.
Though it's killing me right now :-')

#Sabar itu susah, namun mawaddahnya mudah, ^,^

Saturday, August 31, 2013

Onegaishimasu~


Salam Syawal dan salam Kemerdekaan..

Sekarang ni masih sibuk wo, ada 3 subjek lagi nak kena handle.
Lepas habis percubaan ni pun aku tak boleh nak main-main dah. SPM is just less than two months to step in my life.
Subjek yang tak habis lagi untuk trial ni ialah EA, PQS , dan PSI.


Right now I'm having my crucial time. I've got to focus on this exam. But in the same time I always trying to change myself to a better person.
But I'm always doing a wrong thing on my way to get His maghfirah.

O Allah, please guide me because I'm just Your servant who are really weak in handling things in my life.

To you readers, *as if I have one* pray for my success ne~
Until then, jyaa~ Assalamualaikum ^_^

Saturday, August 10, 2013

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum~

Salam Aidilfitri buat semua ^_^ 



Penat sangat beraya time nak exam ni (walaupun keje sekolah kebanyakannya tak siap lagi) and study..... ughhh rasa sedih la jugak..

Tiap-tiap tahun mesti segenap saudara mara kami ziarah. Al-maklumlah, saudara mara ramai sangat. Dahla rombongan ziarah dah macam rombongan orang kenduri kawin sampai lima, enam buah kereta. Tapi memang seronok la bila jumpa saudara mara yang setahun sekali ni je boleh berkumpul ramai-ramai. Itulah hikmahnya Syawal ye tak?

Syukur Alhamdulillah Allah kurniakan bulan ini kepada kita. In Sha Allah tahun depan, semuanya akan meningkat lebih baik. Aminn..

Okeylah, itu je nak 'royat/ghoyat' . Until then, see you soon.
Assalamualaikum ^_^

 p/s : Doakan trial ku kali ini akan lebih cemerlang, Aminn~

Thursday, July 25, 2013

Catatan di Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan/ Nuzul Al-Quran ~

Lama betul aku tak update blog ni. Actually sibuk sangat kan. Trial for SPM pun tak lama dah. Aku start trial bulan 8 ni, bukak-bukak je skolah lepas raya. dah kena hadap paper trial. InsyaAllah di bulan Ramadhan yang penuh berkat ni, aku dapat khatam dan mahir every subject , InsyaAllah, aminn~

Sekarang bulan Ramadhan pun dah masuk fasa ke-. Fasa keampunan. Kita dah pun melepasi fasa pertama iaitu 10 hari pertama merupakan fasa kerahmatan. And now, we're being in the second one for 10 hari ke-2. And 10 hari terakhir ialah fasa ke- iaitu kemerdekaan. Aku harap aku boleh lalui Ramadhan kali ni dengan penuh ikhlas.

Hari ni sebenarnya aku terpaksa balik sekolah lewat sikit sebab terpaksa *eceh, terpaksa*. Yalah, terpaksa siapkan poster untuk Ramadhan. Actually, aku taknak tapi dah diorang suruh and terpaksalah aku buat jugak. Hmm, mula-mula tu memang rasa troubled sangat, tapi bila aku dah buat, emm,,, rasa seronok la jugak.

Tapi kan... aku agak sedih dengan diri sendiri. I felt so pathetic. Sebab aku tak boleh nak keluarkan pandangan aku sendiri, What I did was the things people want to. Aku buat sesuatu bukan sebab diri sendiri. Walaupun aku ada idea tapi aku takut untuk suarakan. Aku takut kalau apa yang aku fikir dan apa yang aku mahu, adalah sesuatu yang tak perlu atau salah .

Sebab tu lah, waktu suarakan pandangan aku akan perlahankan suara cause I lack of confidence ! I can't say my right ! Kadang-kadang aku rasa yang diri ni memang hopeless sangat-sangat. Aku harap yang suatu hari nanti aku akan lebih tabah dan yakin diri dan boleh jadi tempat pergantungan bagi orang lain. InsyaAllah ~

Then, esok aku ada rancangan dengan Ana, my dearly friend yang kita akan buat study group walaupun sebenarnya cuma kita 2 orang je . Though semua orang cuti and dah balik rumah, kami memang suka datang sekolah time takde orang. Rasa tenang je and waktu ni lah, kami akan kuasai kelas. Hoho, takde sape kat kelas & sekolah. Even budak asrama dah balik.


Dearly Ana

Hope tahun ni akan jadi tahun yang terbaik untuk aku mempositifkan nilai diri ini. I want to be a daughter of my parents that they can be thankful to ALLAH for having me.

Okei, Assalamualaikum~

Thursday, June 06, 2013

Pic spam

Assalamualaikum~

Konnichiwa ~ It's a good day right. And of course I want to enjoy it with spamming a little number of picture . Yeah, a picture hold a thousand words describing the one-stop-moment  

And here it is~

 THIS IS NOT AN ABUSE.... though 

"Don't stare at me like that "

a serene   afternoon ?

walk you, penguin

"I know I'm at fault"

a morning at a seashore

Yeah! That's it.
End of pic spam~

Bye! Have a good day
Assalamualaikum