Thursday, May 15, 2014

Temu duga IPG 2014 ▎Pendidikan Khas ▎

~Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum ^_^
Konnichiwa ☺

Hari ni terdetik nak cerita pasal hal semalam iaitu Temuduga IPG (untuk subjek Pendidikan Khas SK) pengambilan 2014 dekat IPG Kampus Kota Bharu, Pengkalan Chepa. *Eheh, tempat sama masa UKCG* Okey, semalam 15/4 hari Khamis, aku sesi yang ke empat (akhir sekali) pukul 2:30 petang. Masa semakan tiba-tiba ada pulak masa pendaftaran pukul  8:00 pagi. Tahun ni tak ada sesi temuduga individu, cuma ada sesi berkumpulan. Walaupun sebenarnya ada soalan berbentuk individu dalam kumpulan tu.

Mulanya aku pelik la jugak. Pendaftaran pukul 8 pagi tapi masa temuduga pukul 2:30. Takkanlah nak tunggu sampai pukul 2:30? Tapi bila baca dalam group fb yang pihak penemuduga tu akan bagi taklimat, aku pun datang awal lah jugak. Hurmm...

Oh ya, sehari sebelumnya, masa aku dok kat rumah, oto-san (Walid) ada telefon, suruh cari baju kurung batik dan kalau boleh buat name tag. Lalu dengan kelam kabutnya aku ajak abe pergi cari kedai yang boleh siapkan name tag hari tu juga.

Okei, berbalik pada hari temuduga. Sampai aje kat sana, aku dah boleh nampak bilik temuduga dan terus aku tandatangan pada kertas senarai nama bagi sesi yang ditetapkan (sesi keempat *last sekali*). Bangunan macam bangunan sekolah rendah yang kebanyakannya tak bertingkat. Masa tu, pihak penemuduga sedang bagi taklimat pada calon (termasuk aku) yang duduk di luar bilik temuduga. Dia cuma bagi tahu macam mana cara nak susun sijil dan jenis sijil yang diperlukan iaitu :
  1. Borang maklumat diri (di print dari laman web KPM)
  2. Salinan sijil kelahiran
  3. Salinan kad pengenalan
  4. Salinan slip SPM
  5. Salinan sijil ko-kurikulum (sejak dari ting. 4 sampai ting.5 ikut peringkat *peringkat tertinggi di atas sekali*)
  6. Perakuan diri (IPG dan sekolah *yang di print kat laman web KPM*
Semua sijil (dari 1-6) kat atas ni kena klip bersama dan letak dalam file (clear folder) yang mengandungi semua sijil salinan bermula dari sijil lahir, kad pengenalan sampailah kepada sijil masa sekolah menengah (kalau nak campur masa sekolah rendah pun boleh *walaupun mereka tak tengok sangat*). 15-30 minit sebelum masa temuduga mereka akan minta kedua-duanya. Sijil asal mereka akan bagi bila habis temuduga. 

Masa nak tunggu sesi yang keempat tu, aku berkenal-kenalan jugak lah dengan calon-calon lain. Salah seorangnya ialah Masturah. Dia baru balik dari Sabah sebab dia dah sekolah kat sabah sejak sekolah rendah jadi bila habis SPM teus dia balik Kelantan. Bila aku tengok sijil-sijil dia, melopong jugak, dengan sijil pidato, pantun, tilawah, tokoh maulidur rasul, dan sebagainya, macam-macam peringkat pulak tu. Aku pulak sedih jer, ada sijil kem dengan merentas desa aje, tu pun peringkat sekolah *yang dipaksa terlibat* .

Masa aku dok menunggu tu, aku bincang bincang jugak dengan rakan sekumpulan, antaranya ialah Masturah, Farhana, dan Fatin, yang lain-lain aku kenal masa hampir nak masuk bilik temuduga je. Sebenarnya ramai jugak budak sekolah sendiri yang aku jumpa, dahla amik satu subjek dengan aku, 4 orang semuanya. Tapi mujur aku tak sama sesi  dengan mereka (kecuali sorang budak laki yang tak sekelas dengan aku), kalau tak segan jugak sebab satu sekolah.

Masa tu ada jugak calon yang datang lewat jadi kumpulan untuk sesi dia ni kekurangan orang jadi pihak penemuduga ambil ahli sesi seterusnya. Yang lewat tu pulak kena masuk sesi lain, dahla kena marah *tapi tak keras sangat*. Kalau dekat tempat lain (IPG lain) yang aku dengar, walaupun lewat lima minit je, dah dibatalkan kelayakan, tapi pihak penemuduga kat sini masih bagi peluang. Jadi kesimpulannya dalam hal ni, kena datang awal.

Sebenarnya bila dapat tahu je pengesahan temuduga tu, terus aku cari maklumat pasal pendidikan khas dan pendidikan negara. Antara maklumat yang aku cari ialah pasal ciri-ciri murid pendidikan khas, falsafah pendidikan khas, dan apa-apa je yang berkaitan dengan pendidikan khas.

Tapi masa berjumpa dengan calon-calon lain terutamanya Masturah aku dapat tengok maklumat yang dia cari agak lebih berkesan dan terperinci. Dia tulis dalam buku nota kecil pasal jenis murid pendidikan khas, pengelasan, ciri-ciri dan sebagainya. Tapi hari tu, kami betul-betul bincang dan berkongsi maklumat pasal apa yang kami tahu.

Emm, sebelum temuduga, aku ada jumpa dengan seorang pensyarah kat IPG ni yang merupakan kenalan Farhana, jadi kami tiga orang ni pergilah jumpa dia untuk dapatkan sedikit tips dan ilmu. Antaranya :
  • Kena guna istilah2 dalam pendidikan khas, tapi mestilah dalam bahasa baku seperti hiperaktif, disleksia, serebral palsi, autistik dan sebagainya (tapi kalau istilah BI yang dah tak boleh diterjemahkan, boleh juga diguna)
  • Mesti jaga eye contact dengan penemu duga dan calon lain, jadikannya seperti perbincangan/forum
  • Boleh guna point orang lain dan digubah dalam penerangan sendiri atau tambah penerangan orang lain contohnya "Saya bersetuju dengan pendapat saudara/i, namun saya ingin menambah lagi........ "/ "Saya berpendapat bahawa ........ " / "Saranan saya ........ "
  • Boleh guna pengalaman sendiri kalau ada, contohnya "Saya pernah bergaul dengan seorang kanak-kanak yang mempunyai masalah autistik dan saya dapati mereka ini ............ " ➡ "Jadi saya rasa mereka perlulah diajar menggunakan cara begini .......... " ➡ " Oleh itu, mereka pasti dapat ........... "
  • Jangan sekali-kali memotong percakapan orang lain
  • Tunjukkan muka yang manis, jangan nampak gugup sebaliknya perlulah kelihatan berkeyakinan
  • Duduk tegak, jangan mengerak-gerakkan lutut (macam orang nak jahit baju), tangan di atas paha sendiri
  • Masa bercakap, jangan terlalu cepat dan jangan terlalu lambat
  • Nada mestilah bersesuaian, jangan terlampau keras (macam baca buku) atau jangan terlampau beremosi
  • Jangan monopoli perbincangan itu, buat secara berkumpulan dan perlu kelihatan bekerjasama dengan calon lain


Bila tiba giliran kami, dengan hati yang penuh debaran kami masuk. Masa nak duduk tu mereka dah aturkan tempat. Tempat aku dekat hujung sekali. Mula mula P1 (penemuduga 1) *dua2 penemuduga tu lelaki* terangkan yang dalam temuduga ini, mula2 mereka akan tanyakan satu video dan soalan mereka berdasarkan video tersebut yang dikaitkan dengan subjek pendidikan khas. Video yang mereka tayangkan untuk kumpulan kami ialah video pasal atlit ni. (Kumpulan lain berbeza videonya, ada video pasal hari guru)



Dalam sesi ini, akan ada 5 pusingan soalan. Pusingan pertama masa yang diberikan oleh setiap calon ialah 1 minit, pusingan pertama 2 minit, pusingan ke 3, 3 minit, pusingan ke empat empat minit dan pusingan kelima tidak dihadkan masa untuk bercakap. Namun yang terakhir sekali adalah soalan yang menjurus kepada peribadi dalam bahasa inggeris kepada setiap calon.

(Sebenarnya tak ingat sangat secara tepat apakah soalannya, tapi lebih kurang beginilah)

Soalan 1 : Apakah perasaan anda sebagai seorang guru pendidikan khas apabila melihat usaha atlet berkenaan?

Soalan 2 : Sebagai seorang guru pendidikan khas, bagaimanakah anda boleh melibatkan murid pendidikan khas dalam pelbagai aktiviti kokurikulum, bermain bola sepak misalnya.

Soalan 3 : Bagaimanakah pendapat anda bagi meluaskan potensi dan kewujudan murid pendidikan khas.

Soalan 4 : Pada pendapat anda, bagaimana cara meningkatkan taraf kehidupan murid pendidikan khas ini nanti?

Soalan 5 : Sebagai seorang warganegara, apakah langkah yang sesuai boleh dilakukan bagi memberi kesedaran kepada setiap masyarakat bagi menghargai murid pendidikan khas ini?

Soalan peribadi : Tell me about your family background.

Untuk soalan peribadi ni, dia cuma bagi 1 minit. Lepas habis tu, dia mintak seorang-seorang mula dengan aku bangun dan berjalan di hadapan mereka sambil ambil fail dan keluar. Wah, yang ni aku jalan macam robot sikit sebab sakit kaki pakai kasut bertumit tu. Dahlah hujung dia tirus macam tu, memang sakit sangat kaki ni.

Ada orang lain yang bila habis tu pihak penemuduga tu panggil sebab fail dia tak lengkap.  Sorang calon laki ni tak ada slip asal SPM lepas tu penemuduga tu cakap

"Macam mana saya nak sahkan ni kalau slip asal tak ada?"

Lepas tu, aku tak tahu macam mana..

Agak lama jugak tempoh temuduga tu. Kami masuk pukul 2:15, habis pukul 3:20. Lebih kurang sejam jugak lah. Mujur aku pakai kot, gugup campur dengan sejuknya aircond tu, boleh beku otak rasanya. Hehe

Okey, aku rasa setakat itu sajalah perkongsian yang boleh aku cerita.

Tata, Assalamualaikum.
Jyaa nee ^_^

Tuesday, May 13, 2014

Relation

Asslamualaikum and Hi~
Konnichiwa ^_^

People are related with each other. No one can survive without another.
 In this world, we live depend on each other whether they are our family, friends or someone that we trust. It is a bold lie if we said that we don't rely on anyone because start from our born life, we already depend on the person who delivers us to this world. And then we keep to walk our life before clearing our path.

But, as we grew old, it seems that that kind of 'rely' doesn't matter anymore. We don't make that relation anymore. We keep the distance creating a big wall to exclude the people who should we rely to.

Who said that family/person that we love is the most comfortable place to being with? If it the most comfortable place, why could we have various of misunderstands or something that we unsatisfied with?

Because comfortable to being with mean there's only one sided relationship. They care about us without us thinking about them. That had make us comfortable. But, having family means we have to think about each other and that life should be.

We may have an awkward moment even if it just with our family. But I think it means that we have thoughts so much for their sake and same way goes with them.

Sometimes I really want to say something that always bugging my mind but I realize I can't do that because it might hurt other, so I just bury it deep in my heart or mind.

To be myself isn't matter if it just to hurt other. Does it true? Because that what I always thought.

But, it just like me. No, I'm not saying that I never hurt other, I do realize that I hurt others too but somehow to speak my mind and let go of certain feeling doesn't bring any good to anyone. So I'll just shut it up. I'll revive somehow.

It's relationship ya know ... ^_^

Thought about each other, rely on them, decide our things together. I don't want to miss this ever in my life. Though now I just being slow at it but somehow I'll work on it!

Yosh, ganbaruzo~ \\(^0^)//

Then, jyaa nee *wave*
Assalamualaikum ^_^

Wednesday, April 30, 2014

Majlis Kecemerlangan SPM 2013

Assalamualaikum,
Salam Rejab ^_^

Sebenarnya tadi aku baru je balik dari majlis dinner kat sekolah untuk anugerah pelajar cemerlang SPM. So yeah, a bit exhausted and not really happy since this kind of occassion is not my  fondness at all though I'm one of the students that were celebrated there.

Start pukul 8 dan habis pukul 10.30. Tapiiii... tu dalam tentatif program. Yang sebenarnya mula pukul 8.45 dan habis pukul 11 malam. Aku ni punya lah gabra sampai pukul 8.10 ingatkan dah lewat sebab cikgu pesan suruh datang sebelum pukul 8 untuk pendaftaran pastu dengan bersedia untuk masuk dewan apa.

Haha. To be truth, memang dari mula aku taknak datang majlis ni 'cause it really make me feel troubled. Macam2 alasan aku bagi kat Umi sebab taknak pergi. Pastu umi cakap lah nanti tua2 mesti terkenang balik pastu mula lah rasa menyesal tak ikut aktiviti sekolah. Lagipun umi kata cikgu2 penat2 prepare untuk majlis ni. Jadi, aku pun paksa jugak untuk pergi.
If you can see (me) kat atas sekali, kedua dari kiri (yang tersembul kepala saja tu)

Tapi kan, sebenarnya tak best mana pun. Makan2 pastu naik pentas amik sijil dan snap picture banyak2 (orang lain je banyak, aku tukang tengok je). Then balik. Em. that's all. Not so much to be remembered.

Part yang aku paling boring ialah untuk snapping picture tu. Remaja zaman sekarang memang gila selfie eh. Aku rasa masa tu, setiap saat ada je 'snap', 'flash' dan seangkatan dengannya. Aku cuma di 'snap' masa terima sijil. Tu je..

Okay, that's all.
Nothing more to rant about (I think so)
Then, jyaa ^0^
Assalamualaikum

Monday, April 21, 2014

Tersebutlah kisah...

Assalamualaikum~
Hai... kenapa blog I bersawang ni? (ahakzz)
Tiba-tiba ber-I ni jadi pelik pulak.. hehe.. buang tebiat lama dah tak bukak blog kut.

Hari tu kan, 17/4 ada lah pergi UKCG kat IPG Kampus Kota Bharu, Pengkalan Chepa.
Bila dapat tahu dapat UKCG kat Kelantan ni je, syukur sangat sebab bila baca status orang lain kat FB, ada yang dapat luar Kelantan, jadi Alhamdulillah Allah tolong. Dan aku dapat subjek Pendidikan Khas yang merupakan 2nd choice, 1st choice adalah Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Tapi aku tak kisah sangat asalkan boleh jadi cikgu.. Hehehe... Maybe I ada aura jadi cikgu yang diperturunkan oleh my dearest Walid. XD .. Hehe, boleh jadi. (Sebab ramai orang kata yang Walid ni memang aura cikgu-nya sangat menyerlah) hoho...

. Sebenarnya hari tu memang banyak rancangan, terutamanya my parents. On that day, my brother yang Form 2 ada kem memanah kat sekolah Walid, jadi nak mengantar tak sempat, so mintak tolong kawan Walid tolong hantar pergi sekolah. Dan hari tu juga sebelum pukul 10 nak kena ambik saudara yang datang dari Narathiwat nak dibawa ke pejabat tanah (adalah, urusan keluarga). Jadi hari tu memang sangat kelam kabut. Dahlah ujian mula pukul 12 tengah hari, dan nak kena ada kat situ 30 minutes early!Namun, secara tiba-tiba dan tak kena, I got my p***** dan ia menambah lagi kekalutan dengan benda tu tak bawak lagi. That's why I'm being a masochist*
Tapi dah rasa tak sempat sangat nak sampai, aku biorkan ajo!!! Ohohooho, sungguh menyeksa diri. *

Dalam hati ni dah gundah gulana, dok pikir "Alahai... sempat ke tak, nak pergi UKCG ni" . Mulut dah muncung, ngomel-ngomel sikit, keluh-mengeluh dan seangkatan dengannya. Umi pun cakaplah (nak pujuk) "kalau kita tolong orang, nanti Allah mudahkan urusan kita". Aku ni pun cubalah 'telan' kata pujukan tu, nak sedapkan hati. *Try to put your faith on Allah, can you?!* Nak cari tempat ni pun bukan main payah, adalah beberapa kali tu dok tawaf kawasan PC tu nak cari dimanakan bersinggah sananya sebuah istana yang bernama IPG ni. Akhirnya jumpa jugak, bila masuk je kawasan IPG kenalah pulak cari dewan dan... bermulah marathon tak rasmi ke dewan.

 Sampai aje dekat dewan untuk ujian bertulis (dengan semua manusia yang ambil ujian tu dah siap sedia nak terkam kertas), terus aku menerpa masuk, cari tempat duduk berpandukan kertas yang ditampal kat luar dewan. Alhamdulillah, selesai jawab aku keluar cari Umi. Umi, nak susu, nak lampin, nak dukung~ Erk... camtulah lagaknya XD

Pastu kena tunggu pulak untuk Ujian Fizikal, pukul 3.15 petang. Aku termasuk dalam kelompok 2. Best sangat sebelum tu, aku jumpa ramai budak lain, kami kira peramah jugaklah, walaupun tak kenal, tapi tak lokek senyum, tak lokek pertolongan, dan tak lokek berkongsi pengalaman.

Sebelum masuk dewan untuk ujian tu, kena panaskan badan dulu dan diorang ada bagi kertas kecik. Masuk je dewan, diorang terangkan yang ada 6 tahap yang perlu lepas.

Tahap 1 - Ujian BMI (ukur tinggi dan berat badan)
Tahap 2 - Bangkit tubi (yang ni, aku tak boleh buat walaupun masa sebelum ni aku ada buat latihan, mungkin sebab asyik makan tidur lepas SPM, perut dah jadi macam mama Giant yang dalam cerita doraemon tu. Kalau yang dah kena PLKN mungkin senang kot..)
Tahap 3 - Lompat dalam petak selama seminit, dan tak boleh pijak garisan.
Tahap 4 - Berdiri dalam keadaan senam diri membelakangi dinding, lepas tu bongkokkan badan untuk sentuh lantai dan bangun semula untuk sentuh dinding kat belakang. (Yang ni kalau tak buat warm up memang sakit urat peha)
Tahap 5 - (ahhhhhhh!!! tak ingat yang ni!!)
Tahap 6 - Lari ulang alik, 20meter x 6-7kali. (Yaaahhh!!! yang ni paling penat dan menyeksa jiwa dan raga)

InsyaAllah semua tahap aku lepas kecuali yang bangkit tubi tu... Memang menyedihkan.... keaiban yang terbesar.. huhuu...

Akhirnya, berakhir jugak ujian tu, dan sampai kat rumah lepas Asar. Walaupun letih sangat sampai tahap boleh pengsan, aku bersyukur sangat sebab dapat pengalaman macam tu. Eventhough hari tu aku nak marah, gelisah, excited, letih, there are this people who stay with me until the end especially Umi. I really appreciate it.... I can't make it without you~ T.T seriously.... rasa cam budak darjah 1 balik. Umi teman sejak mula lagi, tunggu kat luar dewan dengan sabarnya.. Tak lupa juga to my Walid dan budak besar tu, Mc Ngoshhh@ Angah my brother yang menjadi driver XD. DOMO ARIGATOU GOZAIMASU~
Anata-tachi wa suggoku yasashi dayo~~~ Terharu nehh~ T,T

Umm... ummm.. lagi apa ehh?
Oh ya, tata~ Assalamualaikum..
jya nee~ ^_^



Thursday, February 20, 2014

Kecil-kecil dulu kan...

Assalamualaikum~
Hai..

Kali ni nak cerita masa zaman budak dulu.
Masa kecil, Umi dan Walid adalah idola aku yang sangat aku sayangi. Sebab kecil lagi, jadi aku ingat semua orang dewasa macam Umi dan Walid. Baik, tak pernah tipu orang, tak suka tabur fitnah, penyayang dan sebagainya. Masa tu, aku rasakan yang orang dewasa ni adalah sempurna.

Masa kecil - kecil dulu, aku ingat semua orang bila besar akan jadi orang baik, selalu solat dan macam-macam lagi tak kira la masa kecik dia tu nakal ke, jahat sikit ke . Hehe..
Memang tak terlintas lansung yang seorang kanak-kanak yang kecil tu bila besar  boleh jadi macam macam, tak kira baik atau jahat.

Satu lagi, kecil-kecil dulu kan, aku ingat semua orang kenal Walid sebab masa dalam kereta, kadang-kadang Walid akan hon dekat kenderaan tertentu *maknanya yang Walid kenal*. Oleh sebab tu, aku rasa yang orang dewasa ni sangat-sangat baik.

Tapi bila aku baca surat khabar/majalah/buku, masa umur 9 tahun, aku terkejut baca fakta yang ramai orang Islam tak solat, buat jenayah dan lain-lain. Masa umur tu lah, pandangan aku tentang dunia luar berubah. Aku tak percaya pada orang dewasa selain Umi dan Walid. Aku rasa yang mereka cuma pura-pura baik.

Okey, tu masa aku umur 9 tahun. Bila masuk tingkatan 1, sekali lagi aku tukar pandangan. Rupa-rupanya, tak semua orang dewasa hipokrit. Aku belajar tentang baik dan buruknya dunia luar. Tetap, aku takut untuk ke dunia sana sampai sekarang.


Aku takut kalau -kalau aku berubah jadi orang dewasa yang buruk sifatnya. Okey, sekarang pun sedang mendisiplinkan diri walaupun kadang- kadang terkeluar jugak sikap tak berapa baiknya.

Aku nak buang sikap malas, penakut, baran, tak bersyukur dan macam-macam lagi. Aku rasa sangat teruk bila aku marah budak-budak walaupun memang panas hati sangat-sangat. Aku jadi lupa yang sifat budak-budak memang macam tu. Aktif, degil sikit. Tapi masa tu aku jadi kurang sifat belas, mungkin terpengaruh dengan sikap ibu bapa budak tu sendiri. Aku jadi teringat dan rasa nak mengungkit bila teringatkan tentang tanggungjawab.

Perkara yang selalu aku ungkitkan dalam diri ialah "Kenapa aku kena jaga budak-budak ni sedang kan diorang ada mak ayah? Diorang bukannya anak yatim nak kena serah pada orang lain. Bila rumah tangga dah goyah, anak-anak terbengkalai. Baik tak payah kawin kalau buat menyusahkan orang saja !" Okey, aku mengaku agak kasar sikit, tapi untuk tak fikir macam tu memang agak susah.

Tapi, Umi selalu pesan supaya sabar dengan kerenah budak-budak sebab mereka ialah ahli syurga. "Kalau nak dekat dengan syurga layanlah ahli syurga." Okey, itu nasihatnya.

Tapi untuk amalkannya, rasa susah sangat. Entahlah....

Kadang-kadang aku bayangkan jugak budak-budak ni bila 10-20 tahun akan datang. Layanan aku masa sekarang, macam mana mereka akan tafsirkan nanti. Macam mana diorang akan jadi bila aku tetap macam ni. Mungkin pandangannya tentang orang dewasa dan dunia luar adalah sebaliknya yang pernah aku tafsirkan masa kecil.

Yup, masa kecil aku penuh dengan kasih sayang ibu bapa. Tapi, diorang? Kecil-kecil dah berpisah dengan ibu dan ayah. Layanan orang lain, sebaik mana pun, atau segarang mana pun, tak sama dengan ibu dan ayah tak?

Okeylah. Setakat tu je, assalamualaikum~

May Allah bless you!

Monday, December 30, 2013

Last Day in 2013

Assalamualaikum~ Hai....
Hari ni hari last dalam tahun ni kalau iku kalendar Masihi. So, typically for me to say, Happy New Year
 and may all of us can start our day with more determination  in accomplishing things that what we aim.

Yay *tetibe*
Aku dah takkan pegi sekolah tahun depan. Emmm.. sedih la jugak sikit-sikit kan....
 No more school days. Those memory that I'll miss in this life. Alamak... and hari ni jugak is my birthday. Yay~! Alhamdulillah ya Rabb.... He is the Most Powerful and Most Loving to all the creature.

Actually, sekarang ni aku tengah cuba untuk keep in distance dengan schoolmates@friends sejak cuti ni.
 Aku dah deactivate fb dan tukar url blog ni. Kad sim pun aku cabut dari henset tu. Rasanya aku takkan balas mesej diorang. Hmm

Emm... sekarang ni nak cari kerja je dulu. Boring sangat2 duduk kat rumah untuk 5+ bulan  ni. Hmm,, apasal la result SPM ni paling lambat keluar hah?...Huhu

It's way too boring now~!!!!
Okay, dah cukuplah nak komplen..Hihi
Jyaa, assalamualaikum 




Tuesday, December 03, 2013

Day END of SPM

Assalamualaikum~
Okay, look at the title. Yeah, I'm free ! Alhamdulillah semalam tepat pukul 12:30 p.m last paper, BA dah tamat. Lega sangat sangat. Tapi kan, walaupun rasa lega tapi macam ada something je yang tak kena.


Aku rasa macam sedih je. Maybe sebab sekolah dah tamat and tahun depan, aku dah tak berada di sini lagi and tak bersama kawan-kawan. Tapi bila aku fikir balik, aku rasa bukan sebab tu. Kebelakangan ni aku rasa pelik + sedih. I felt like I'm being left out by people around me. And sometimes I feel like they deceiving me. Befriended or keep close to me just because some advantages that they can get.

And I felt it yesterday. At the last annual party. I was left alone, maybe because I'm not attractive as them. I know that they are the hotties and I'm just an outcast that only needed in some situation, like in studying. Well, befriended with the hotties sure are painful, sometimes. But in a party where people could make up themselves, I'm an ugly duckling. N.I.P = Not Important Person.

Because of this, aku selalu remind kat diri supaya jangan berkongsi hal diri kat orang yang tak sudi nak ambil berat pada kita cause nobody care about us unless they could get some benefit from us.----- By family, friends.......... And at this point, I do wonder what is 'friend' actually. Are we friend? Or do we actually related by bond?

I've put too much concern on them but sometimes I demand the concern from them too. But, maybe I'm really an N.I.P to them.

Okay, that was when they didn't really care about me -----------------------------------------------

But, when they just show their smile to me, I'm delighted and my emotion was revived. I feel like they always going to be my friend who I can share my feeling. Though the person really create the painful feeling for me but when they talk or curving a nice smile to me, the sorrowful in my heart were erased. I forget the pain and my heart was opened again for them.

For this reason I know, I'll keep be deceived by people but for this reason too, I can't step forward in my life.

Nothing good for me, I thought .......

Saturday, November 16, 2013

SPM now

Okey, Assalamualaikum.
 Nampak tak tajuk kat atas?

I'm in the period of the exam!

Sekarang ni, 5 paper dah lepas. Lagi 6 subjek je. Insya-Allah  berkat doa guru, ibu bapa dan orang yang sayangi saya, 11A will be MINE.

Yosh, rasa dah cukup kot setakat ni. Got to study for three subjects for this week.
Though it's killing me right now :-')

#Sabar itu susah, namun mawaddahnya mudah, ^,^

Saturday, August 31, 2013

Onegaishimasu~


Salam Syawal dan salam Kemerdekaan..

Sekarang ni masih sibuk wo, ada 3 subjek lagi nak kena handle.
Lepas habis percubaan ni pun aku tak boleh nak main-main dah. SPM is just less than two months to step in my life.
Subjek yang tak habis lagi untuk trial ni ialah EA, PQS , dan PSI.


Right now I'm having my crucial time. I've got to focus on this exam. But in the same time I always trying to change myself to a better person.
But I'm always doing a wrong thing on my way to get His maghfirah.

O Allah, please guide me because I'm just Your servant who are really weak in handling things in my life.

To you readers, *as if I have one* pray for my success ne~
Until then, jyaa~ Assalamualaikum ^_^

Saturday, August 10, 2013

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum~

Salam Aidilfitri buat semua ^_^ 



Penat sangat beraya time nak exam ni (walaupun keje sekolah kebanyakannya tak siap lagi) and study..... ughhh rasa sedih la jugak..

Tiap-tiap tahun mesti segenap saudara mara kami ziarah. Al-maklumlah, saudara mara ramai sangat. Dahla rombongan ziarah dah macam rombongan orang kenduri kawin sampai lima, enam buah kereta. Tapi memang seronok la bila jumpa saudara mara yang setahun sekali ni je boleh berkumpul ramai-ramai. Itulah hikmahnya Syawal ye tak?

Syukur Alhamdulillah Allah kurniakan bulan ini kepada kita. In Sha Allah tahun depan, semuanya akan meningkat lebih baik. Aminn..

Okeylah, itu je nak 'royat/ghoyat' . Until then, see you soon.
Assalamualaikum ^_^

 p/s : Doakan trial ku kali ini akan lebih cemerlang, Aminn~

Thursday, July 25, 2013

Catatan di Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan/ Nuzul Al-Quran ~

Lama betul aku tak update blog ni. Actually sibuk sangat kan. Trial for SPM pun tak lama dah. Aku start trial bulan 8 ni, bukak-bukak je skolah lepas raya. dah kena hadap paper trial. InsyaAllah di bulan Ramadhan yang penuh berkat ni, aku dapat khatam dan mahir every subject , InsyaAllah, aminn~

Sekarang bulan Ramadhan pun dah masuk fasa ke-. Fasa keampunan. Kita dah pun melepasi fasa pertama iaitu 10 hari pertama merupakan fasa kerahmatan. And now, we're being in the second one for 10 hari ke-2. And 10 hari terakhir ialah fasa ke- iaitu kemerdekaan. Aku harap aku boleh lalui Ramadhan kali ni dengan penuh ikhlas.

Hari ni sebenarnya aku terpaksa balik sekolah lewat sikit sebab terpaksa *eceh, terpaksa*. Yalah, terpaksa siapkan poster untuk Ramadhan. Actually, aku taknak tapi dah diorang suruh and terpaksalah aku buat jugak. Hmm, mula-mula tu memang rasa troubled sangat, tapi bila aku dah buat, emm,,, rasa seronok la jugak.

Tapi kan... aku agak sedih dengan diri sendiri. I felt so pathetic. Sebab aku tak boleh nak keluarkan pandangan aku sendiri, What I did was the things people want to. Aku buat sesuatu bukan sebab diri sendiri. Walaupun aku ada idea tapi aku takut untuk suarakan. Aku takut kalau apa yang aku fikir dan apa yang aku mahu, adalah sesuatu yang tak perlu atau salah .

Sebab tu lah, waktu suarakan pandangan aku akan perlahankan suara cause I lack of confidence ! I can't say my right ! Kadang-kadang aku rasa yang diri ni memang hopeless sangat-sangat. Aku harap yang suatu hari nanti aku akan lebih tabah dan yakin diri dan boleh jadi tempat pergantungan bagi orang lain. InsyaAllah ~

Then, esok aku ada rancangan dengan Ana, my dearly friend yang kita akan buat study group walaupun sebenarnya cuma kita 2 orang je . Though semua orang cuti and dah balik rumah, kami memang suka datang sekolah time takde orang. Rasa tenang je and waktu ni lah, kami akan kuasai kelas. Hoho, takde sape kat kelas & sekolah. Even budak asrama dah balik.


Dearly Ana

Hope tahun ni akan jadi tahun yang terbaik untuk aku mempositifkan nilai diri ini. I want to be a daughter of my parents that they can be thankful to ALLAH for having me.

Okei, Assalamualaikum~

Thursday, June 06, 2013

Pic spam

Assalamualaikum~

Konnichiwa ~ It's a good day right. And of course I want to enjoy it with spamming a little number of picture . Yeah, a picture hold a thousand words describing the one-stop-moment  

And here it is~

 THIS IS NOT AN ABUSE.... though 

"Don't stare at me like that "

a serene   afternoon ?

walk you, penguin

"I know I'm at fault"

a morning at a seashore

Yeah! That's it.
End of pic spam~

Bye! Have a good day
Assalamualaikum