Monday, October 31, 2011

Remaja dan Kehidupan

As-salam....
[(c) google]
Kali ni aku dah tak mem'babak' atau menggila dalam bahasa sebenarnya. Melihat kepada tajuk entri aku ni, barulah aku rasa yang sekarang ni aku berada di peringkat remaja. Aku rasa masa cepat sangat berlalu. Dari peringkat bayi, kanak-kanak, dan sekarang remaja... Dah banyak yang aku lalui sepanjang hidup aku ni. Banyak orang kata , peringkat kehidupan sebagai remaja memang kritis.... Aku pun tak tahu kenapa orang kata camtu. Menurut diorang, remaja memang cepat memberontak, mudah emosi, dan sebagainya. Mungkin ini sikap bagi seorang manusia untuk berkembang menjadi dewasa. Aku adalah seorang remaja dan aku juga mengalami perubahan sebagai seorang remaja. Masa kecik-kecik dulu, kalau kita bergaduh dengan seseorang, kita mudah je untuk lupakan semua tu, tapi sekarang, rasa susah sangat nak lupakan perkara tu semua..

Aku rasa cam mudah je nak emo sekarang ni.. Suka menangis, mudah terasa, cepat marah dan sebagainya. Tapi, kehidupan remaja lah yang paling seronok kan ? (tak tau, kata orang sahaja.. ^^)
[(c) google]

Aku rasa, khidupan sebagai remaja adakala menyeronokkan dan adakalanya juga menyeksakan . Time ni lah nak cari pengalaman hidup kan... Kadang-kadang aku rasa aku ni umur berapa? Sepatutnya apa yang perlu aku buat masa ni? Apa matlamat aku dalam hidup? Camne aku patut jalani hidup aku ni ? dan macam-macam lagi persoalan...

[(c) google]
Tahun depan , aku dah tingkatan 4 .Aku keliru la nak buat pilihan untuk tahun depan, aku tak tahu mana yang terbaik dengan akuAliran mana aku nak amik tahun depan, sekolah mana aku nak stay..... Selalu gak aku fikir pasal ni. Aku nak amik aliran akaun disebabkan minat aku terhadap matematik, tapi aku rasa kalau amik aliran sains pun okey jugak, tapi aku tak berapa nak minat sains walaupun sebenarnya aku rasa kadang-kadang sains ni pun seronok jugak sebab bila kita dah faham tentang sesuatu topik tu, kita akan rasa bersemangat untuk terus pelajarinya, betul tak ?

Aku jugak rasa cam nak amik LKJ (Lukisan Kejuruteraan) sebab aku minat jugak bab-bab melukis segala nih... Semua aliran ni memang tersedia kat sekolah aku ni kecuali Sastera... dannnn... kalau aku nak stay kat sekolah ni, syarat nya ialah keputusan PMR paling kurang kena dapat 6A, Bahasa Arab sekurang-kurangnya kena dapat C aje, kalau dapat D, memang kena tendang terus la dan Agama Islam pulak wajib dapat A ... inilah syarat-syarat sekolah aku, SMKA LATI....

waaa~~~ aku nak terus sekolah kat sini, tapi aku takberapa nak yakin untuk penuhi syarat-syarat tu semua. Aku jugak ada terfikir nak pindah ke sekolah yang lebih dekat dengan rumah . Salah satunya sekolah kluster, dan satu lagi sekolah harian... Kalau aku sekolah dekat sini, taklah aku selalu lewat nak pergi sekolah... Tapi bila aku suarakan keinginan aku ni kat kawan-kawan ngan Umie, diorang cakap sekolah aku sekrang ni dah cukup bagus, tak perlu nak pindah-pindah ni semua. Diorang takut aku bercampur dengan budak-budak tak berapa nak segar (orang Kelantan kata)... Tapi, aku tak yakin untuk teruskan persekolahan aku kat sekolah aku sekarang ni walaupun aku sayang sesangat sekolah ni.. Entahla.. aku keliru sangat ni.... Boleh tak siapa-siapa bagi cadangan kat aku??....