Thursday, May 23, 2013

Dan.. aku bercakap soal cinta !

Assalamualaikum~

Sekarang ni kan aku tengok kat tv (baru sempat tengok tv), banyak pulak drama cintan cintun kat tv. Best jugak sekali sekala dapat melayan perasaan. Yes, perasaan jiwang ...........yang menipu tu.

Memang dunia masyarakat Malaysia ni berkisar dengan dramatik cinta gitu je ker? Wohh~ sungguh menipu perasaan betulla. Cinta yang ditemakan tu betul ke sebenarnya. Memang kalau cintakan seseorang tu kena perlu bersama sampai mati ke? Kalau camtu, itu cuma cinta di dunia sajalah. Di akhirat nanti, aku aku kau kau. Aku salahkan kau, kau salahkan aku (sebab lalai dengan cinta antara awek-awak) . Dua dua masuk neraka.


Ceh, pandaila aku tetapkan orang nak masuk neraka syurga. Tapi, kalau dah hidup cuma bermatlamatkan cinta dua insan lelaki dan perempuan tanpa mengerti cinta lain iaitu dengan masyarakat, ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan, saudara seagama, lebih-lebih lagi cinta dengan Tuhan, bukan ke sia-sia saja. Apa guna kalau dapat berkasih-kasih yang dikononkan cinta tu, tapi hubungan dengan manusia lain hancur. Sungguh malang la orang yang ber'cinta' tu.

Sebab tu, sampai sekarang aku tak ada nafsu nak terlibat dengan hal-hal cinta ni. Aku cuma sekadar pemerhati. Entahlah, mungkin sebab sifat prejudis yang aku tanam dalam diri aku ni buat aku pandang rendah pada hubungan lelaki dan perempuan yang belum berkahwin (maksud aku pakwe-makwe or seangkatan dengannya).

Aku prejudis bila melihat seorang remaja lelaki @ perempuan sibuk nak ber'kapel' (istilah mudah difahami). Em, dalam fikiran/tanggapan aku, mereka cuma bermain-main sementara masih muda. Ye, la... Konsep "ala.... umur masih muda, sementara ni kita enjoyla. Sekadar ber'gupren-boypren' sorang dua ni, apa salahnya..." memang dah lebih kurang jadi pegangan.

Okey, aku mengaku, dalam usia muda ni, rasa nak mencuba tu membuak-buak. Tengok laki/pompuan sikit rasa berkenan. Biasa la tu... Berkenan/suka kat orang kan lumrah manusia. Tapi, cara nak kawal perasaan tu yang tak semua orang boleh buat. Em, dalam konsep aku pulak, aku cakap je kat diri sendiri, kalau dapat ber'kapel' dengan orang yang kita suka tu pun, bukannya kita suka betul pun, itu cuma perasaan nak berkasih je. Perasaan dengan akal ni selalunya tak seiring. Perasaan dah jauh pergi, akal masih tak matang.

So, hubungan tu akan tak ke mana. Kawin nanti pun, lain orang jugak. Jarang nak dengar berkasih dari muda sekolah dan kekal sampai ke mati. Mungkin ada, tapi jarang sangat. Kalau sampai nikah pun, tak kekal. Maka, membazir aje lah perasaan yang di semai sejak muda (belum kawin) tu. Bahagia tak kekal, dosa pulak memekar.

Lebih baik simpan aje lah perasaan tu. Suburkan balik bila dah kawin. Kan sekarang ni orang sibuk buat drama/kisah orang yang bercinta lepas kawin. Itu maknanya, ramai dah mengakui yang bercinta lepas kawin ni lebih seronok. Didikan (dalam kehidupan yang halal) pun dapat. Setiap apa yang dibuat kerana Allah kan dapat pahala. Biar manusia tengok tak bernilai pun, sebab manusia tak berhak menilai. Yang berhak cuma Allah.


Hmm.. aku tulis benda ni pun, aku masih layan cerita/kisah cintan-cintun tu. Tu pun sekadar buat sempadan. Melalui cerita macam tu, aku dapat tahu mentaliti masyarakat tentang persoalan 'cinta' ni. Tapi sebenarnya drama-drama macam tu bahaya sangat sebab bila kehidupan orang muda sekarang diadaptasikan kepada drama-drama begitu, maka ter'isytihar'lah bahawa cara hidup begitu adalah  normal dan tidak salah.

Eheh, pandainya aku buat teori sendiri. Laaaahhh.... Ini adalah pandangan aku. Sebab rasa muak/menyampah jugak kadang-kadang tengok drama-drama sekarang ni. Macam dah tak ada modal lain. Buat la drama/kisah yang boleh meransang otak masyarakat supaya berfikir sikit. Kisah/drama yang boleh bagi moral/pengajaran yang JELAS dan tak ada perkara yang melampaui batas. Kalau budak-budak tengok pun dapat bezakan baik dan buruknya perkara yang ditonjolkan dalam drama tu.

Perkara yang berbalik sangat dalam drama-drama yang disiarkan selama ni. Budak-budak pun tak tahu berpegang tangan laki dan pompuan bukan mahram tu haram ke tak. Dah biasa sangat tengok dalam tv, pakai buat aje. Itu baru berpegang tangan, yang dedah dedah, lentang-liuk bercampur tu tak gabung lagi.

Maka, akhirnya, habislah setakat ini sahaja  entriku. Biar bercakap macam mak nenek pun, asalkan apa yang aku nak sampaikan tercapai. Hehehe...

Until next time, jyaaa~ !

Assalamualaikum~