Sunday, October 23, 2016

Outing Routine Turn Like Others

Assalamualaikum. Hai~
Sekarang nak cerita pasal outing semalam kat Aeon Bandaraya Melaka. Sebenarnya biasa je outing sini tapi sebab ada event2 tertentu, rasa nak cerita pulak. Kebetulan sehari sebelumnya (Jumaat) is my roomate birthday. So, ingatkan nak outing hari Jumaat beli kek ke apa untuk beliau. *hahhaha*.. tapi sebabnya si pengajaknya rasa agak letih dan malas *including me*, kami tangguh ke esoknya. Jadi esoknya ingatkan nak ajak birthday girl (Anis) keluar sekali lepas habis program kelab dia, tapi kami (Aiza, K.Sirah, K.Mirah & Fadh) tak cakap la nak sambut birthday, cakap nak keluar makan je, tapi beliau taknak sebab dah makan masa kat program dan siap ada bekal lunch lagi, so taknak keluar, jadi kami berlima ni jelah keluar, kira balik bawak kek je lah kan. Then, lepas Zohor je kami bersiap keluar.  Mula-mula ingat nak pergi Tesco je, tapi entah macam mana, secara ad hoc, terus turun kat Aeon. hahahah

Sampai je kat Aeon, tengok ramai jugak orang sebab ada banyak promosi kat Aeon. Hahahahha.. sekarang kan hujung bulan, jadi banyak promosi. Tapi kami teruskan je cari tempat nak makan, tapi on the way pilih tempat nak makan, kami nampak macam ada pameran je kat dalam tengah Aeon tu, rupanya ada mini exhibition yang bertajuk The Best Of You. Jadi, kami masuklah, tengok-tengok. Nasib baik free je semua ni. Pameran ni pasal pengalaman atau perkongsian tentang pengunjung pameran ni atau siapa2 je yang berkongsikan cerita atau life view about something that came within themself. Macam sesuatu yang boleh menginspirasikan diri sendiri dan orang lain. It's a good thing that come from good people.

Dan, pihak pameran juga kutip perkongsian tu dari pengunjung yang datang ke pameran ni. Mereka bagi poskad untuk kita tulis apa yang kita nak kongsikan dan ambil gambar untuk dilekatkan kat poskad tu. Jadi kami tak lepaskan peluang untuk buat ucapan birthday for our friend dan lekatkan kat sini. Tapi kami ambil dua poskad, satu untuk birthday, satu untuk friendship *hmm... ye kot macam ni*.  Lepas tulis tu, pihak pameran ambil gambar kami dan print dan bagi satu salinan untuk kami. Poskad tu kemudian kami gantung kat situ. Semua ni percuma saja. Memang pengalaman yang sangat menarik sebab kita boleh baca pengalaman dan perkongsian orang lain yang sangat orang kata give a good vibes and help us to view this world better by knowing everyone have their own hardship and this world is full of something that we don't know yet something nice are there for us to explore. It leaves me with very good impression.


Lepas tengok pameran situ, kami pun mula cari tempat nak makan. Baru sedar yang perut dah sangat lapar. Mula-mula ingat nak makan kat KFC sebab biasanya nasi dia agak mengenyangkan, tapi lepas lalu depan Sukiya rasa macam nak try sebab sebelum ni rasa tak berani, tapi sebab rasa macam nak explore something new, masukla jugak walaupun risau takut tak sedap and takut tak padan dengan harga. Tapi harga dia standard je, boleh tahan. Aku, Aiza ngan K.Sirah pun masuklah nak cuba. Lama jugak dok tilik menu, dalam 15 minit gitu, sebab konfius sangat nak pilih menu, takut tak sedap lah, itulah, inilah Orang lain dah siap makan baru kami siap pilih. Hahahaha...  Lastly, aku pilih set gyudon and curry. Aiza pilih spicy gyudon apa ntah dengan ice lemon tea. K.Sirah pun pilih yang spicy gyudon tambah karaage dengan ice lemon tea. Aku pulak pilih set gyudon dengan curry with iced green tea. Dua2 nasi. tak sedar pun. Lepas order baru trnampak, spatutnya pilih ramen dengan curry, je. Tapi tak apa lah.
my set (curry, gyudon, miso soup, kimchi-dish-like, & iced green tea) = rm15.90
Sebenarnya semua menu yang diambil tu, semua yang small size, tapi sangat kenyang. Rasa macam sampai malam pun kenyang ni *hakikatnya malam tu lapar balik jugak sebab perut 4D macam doremon, kena sumbat banyak*. Tapi seriously, gyudon which is actually nasi dengan daging, nasi tersangatla lembut dan tak ada lah melekit sangat tapi tak ada lah berderai macam nasi biasa tu. Sedap sangat, dan daging pulak sangat chewy, tak keras dan mudah nak kunyah. Curry pulak macam yang malaysia style, jadi sedap lah jugak. Kena dengan tekak orang kata. Miso soup dengan mushroom pun sedap, boleh tahan. Dan dia bagi sayur macam kimchi gitu. not exactly kimchi, tapi macam sayur jeruk la jugak. sedap. overall, berbaloi la jugak. lain kali nak datang nak try yang ramen pulak. Set yang aku makan rm15.90, okeylah. standard.

Lepas tu, kami pun start cari kek. Mula-mula ingat nak beli kek birthday, tapi bila tengok harga dan jenis dia, macam hmmmm... tak berbaloi pulak. jadi at last kami decide beli cheese cake tapi tulis je birthday gitu. sekali ngan kotak, dalam rm16 gitu la, takde la besar pun, dalam 500g kot. tak pastilah.
lepas beli, yang boleh solat pergi solat asar, yang ABC, jalan-jalan je. Lepas tu, kami meronda dalam Aeon tu cari hadiah untuk program makan2 dengan mentor rabu ni. Naik floor atas tengok ada kedai baru bukak, Yubiso. Ingat nak beli situ, tapi macam tak banyak sangat. So, terus ke Daiso. Beli barang kat situ. Sambil tu jenguk GSC tengok movie Shin Chan main lagi tak, tapi nampak macam tak ada je, jadi kami teruskan berjalan. Masuk brand outlet dengan Padini, hmm.. promosi macam biasa je. so cuci mata  jela. bukan keperluan pun, kan. masuk Popular, hmmm.. tergugatla jugak iman nak beli buku, tapi bila kenangkan elaun dan buku-buku yang masih tak habis baca, kita sabarkan lah hati tu ye.

Then, outing hari tu habis dengan beli kat aeon bawah tu je, beli buah dan makanan sikit sebelum balik. Hahahaha... a day worth for new experience and story have ended. so, i would say this is a nice day to be enjoyed when we are a student despite all of everything that happened.

Okey, kembali ke dunia belajar semula. Bye.