Assalamualaikum. Hai, ingat kembali masa dulu-dulu..ya, masa dulu-dulu.. Dikala masih mentah dan penuh dengan imaginasi yang menggian. Hahaha... sekarang pun penuh dengan imaginasi lagi. Bertambah-tambah kot. Dulu masa form 3 form 4 suka, banyak sangat benda yang diteroka macam edit gambar, video, tuils cerita. Rasa macam banyak sangat benda yang dibuat. Tapi sekarang rasa yang membuak-buak tu ditutup dengan gaya hidup sebagai seorang pelajar IPTA (hmm.. IPG ni IPTA lah jugak kan).
Tapi bila baca artikel, novel, drama dan sebagainya, imaginasi tu kembali bertambah-tambah sampai rasa nak tulis cerita balik. Dulu aku pernah tulis cerita dan post dekat blog yang memang aku khaskan untuk cerita. Tapi sampai 7 bab saja sebab dah tak ada motivasi. (Dan tengah stress sebab study, dulu masa sekolah memang selalu stress yang depression tu, nangis2 sepanjang masa) sampai hilang semangat nak menulis. Lepas tu, terus delete cerita tu sampai blog sekali delete. Kakak aku sangatlah marah bila tengok aku delete cerita dan blog tu sekali. Dia banyak bagi rangsangan kata cerita tu sebenarnya ada je peminat yang tersendiri dan dia salah seorang peminat cerita tu. Aku tak ingat apa tajuk yang aku letak tapi bukan cerita anak dato ke apa dan kakak aku tu salah seorang peminat tegar untuk cerita aku tu. Memang dia selalu je cakap, sambunglah cerita dan kami akan buat cerita dan saling bertukar-tukar baca. Dia pun ada tulis jugak cuma progressnya agak lambat berbanding kalau aku yang tulis. Tapi aku pun macam malas jugak sebab nak tumpu pada study (walaupun sebenarnya aku dah jumpa minat lain masa tu iaitu JPOP fandom).
Tapi bila aku nak retrieve balik blog tu, dah terlambat sebab blogspot dan remove sepenuhnya blog tu. (Kan biasanya kalau delete sesebuah blog, untuk sesuatu tempoh, blogspot akan simpan lagi, tapi kalau dah lama terus delete). Jadi lepas tu aku agak menyesal la sebab banyak idea yang aku dah karang dan untuk buat balik perlu idea asal yang banyak scene yang aku buat agak bersangkut paut dengan scene seterusnya.
Untuk buat cerita sekarang, aku sangat ambil berat pasal reason atau sebab bagi sesebuah scene dan maklumat pasal sesuatu benda. Contohnya kalau aku nak buat cerita yang ada watak peguam dalam tu, aku rasa perlu untuk kaji bagaimana skop kerja peguam, bagaimana hidup dia, komunikasi dan pergaulan untuk aku cipta satu scene mengenainya sebab aku sangatlah skeptikal dan curiga pada suatu babak yang aku tak tahu macam mana perlunya berlaku. Contoh lain macam pasal latar tempat, walaupun tempat tu umum, aku perlu gambarkan secara terperinci dan tepat supaya babak yang dicipta untuk latar tempat, waktu dan masyarakat atau orang sekeliling tu kelihatan realistik dan aku sebagai pembaca contohnya tak sakit hati kalau benda tu salah. Hmm.. kesimpulannya aku sangat cerewet dalam penulisan ni. Walaupun cerita tu fiksyen iaitu sekadar rekaan, tapi faktor-faktor macam tu sangat memberi kesan pada aku sebagai orang yang menulis lebih-lebih lagi sebagai pembaca.
Sebab tu sampai sekarang aku masih stuck untuk menulis. Masa muda, my imagination really run very wild dan macam-macam idea boleh timbul. Sekarang, I've been really logical and realistic even more than my teen days.
Tapi sekarang rasa nak menulis tu membuak-buak bila baca banyak novel dan penulisan. One of my favorite or current reading right now is an English novel which is Anne of Green Gables. I've really grow my fond toward this series. Then I searched more about the novel and became to know the others series also. And it tempts me to find and read all of those collections. Really, Montgomery works had captivate my heart. Rasa nak download cerita, beli semua novel. Walaupun bahasa yang digunakan agak susah, a little peotric (ye ke, istilah ni).. tapi watak Anne sangat unik dan menarik, perjalanan hidup dia sangat memberi inspirasi. Cara penulisan Montgomery jugak sangat detail that the circle grows from Green Gable to Avonlea and through the entire island and more until I feel that Anne really exist.
Baiklah, mungkin suatu hari nanti atau cuti semester ni, aku akan start balik menulis.
Alright, this may end now. ahhaha