Assalamualaikum~
Konnichiwa...
Okey, setelah sekian lama tak bercakap di sini (eh, yeke? bercakap? lantaklah..)
Hari ni terdetik nak buat post pasal lawatan hari tu. Ke mana? Yeah, ke Penang & Kedah. Menyeronokkan tapi sangat meletihkan. Duduk dalam bas, sangat bosan !
|
Kompleks Belia dan Sukan |
Hari pertama, iaitu hari Khamis bertolak dari sekolah pukul 8 pagi dan sampai pada pukul 3 petang ke tempat pertama iaitu USM (Universiti Sains Malaysia) masuk ke Pusat Racun Negara. *tiada gambar sempat di 'snap'* Dengar penerangan tentang beberapa perkara. Ya, aku sangat letih dan agak
bosan untuk mendengarnya. Maaf, Dr.
Kemudian bergerak ke tempat penginapan iaitu Kompleks Belia dan Sukan P.Pinang. *Haiya... macam karangan laporan la pulak* Lepas cikgu bagi masa untuk rehat2 kejap, kami bertolak ke Tesco untuk beli2 barang dan makan malam. Seterusnya ke pelabuhan Penang untuk naik feri. O.o (Rasa macam takde motif je cerita semua benda ni) . Agak membosankan, ye tak? *Abih tu, mana yang seronoknya?*
|
Mereka |
Okey, hari kedua agak seronok kerana pagi-pagi lagi. Yeah, aku, Tihah, Mimi, Piqah & Noni merupakan satu group yang sentiasa paling berdisiplin kerana sentiasa menepati waktu, yeah! hahaha... Pukul 7 pagi lagi kami dah tercacak kat depan kantin tu sementara pelajar lelaki masih ada yang belum mandi. *mana tahu?eheh, ter'skodeng' kejap. nak buat macam mana bilik diorang duduk kat aras bawah, kalau nak turun mesti lalu depan tu dan secara tidak sengajanya, sepasang mata ini terlihat figura sebuah tubuh memakai tuala menuju ke bilik mandi. ohoh, dah terberitahu.* okey, cut that crap !
Tempat pertama ialah Bukit Bendera @ Penang Hill. Nak naik tu kena naik kereta api dia. Sangat cerun woo~
Lepas tu daki bukit untuk ke Monkey Cup, tengok spesies periuk
api
kera. Malangya, disebabkan keghairahan terhadap ciptaan Allah yang Maha
Hebat, kami terpisah dari kumpulan dan hampir sesat, maka tak sempat
tengok benda tu. Nah, gambar di bawah sedia menceritakannya.
|
pemandangan dari atas Bukit Bendera |
|
ikut arah sini ya, |
Kemudian, kami ke Rumah P. Ramlee. Sepatutnya dalam tu tak boleh ambik gambar, tapi tanpa aku mengetahuinya, beberapa gambar sempat aku snap. Tapi, sebagai menjaga etika diri, aku takkan siarkan gambar bahagian dalamnya. hehe. nak tengok, datang sendirilah. ^.~
Destinasi seterusnya adalah KOMTAR. Beli-belah dan cuci mata gitu2. Hehe.. Aku tak beli banyak barang pun, cuma jalan2 lalala.... Tapi, letihnya, mak aaiiiii .... longgar sendi2 lutut ni.. *
errrk, macam orang tua pulak*
|
... tipikal ??? |
|
chuuuu~ |
Petangnya, kami ke Batu Feringghi, tak main air pun. Cuma snaping gambar saja. Sebenarnya dekat Batu Feringghi, masa kami sampai kat sana, diorang (pihak Hard Rock Cafe) sedang buat persiapan untuk konsert malam tu. Bab ni, aku geram sangat dengan Mimi & Piqah, buat aku malu je. Cikgu cakap ada persembahan akan diadakan. Di sebabkan tak berapa jelas aku dengar penerangan cikgu tu, aku tanyalah Mimi & Piqah, diorang cakap artis Jepun nama Yamapi yang datang. Aku dengan
bongoknya, tersengih excited la dengar walaupun aku tahu mustahil sangat dia nak datang. Lepas tu, baru aku tahu diorang tipu saja. Bukan artis Jepun, tapi Korea. *Tak taulah, tapi diorang yang cakap, bukan boleh pakai pun.* Cehh, musnah harapanku.
|
pentas... kot? |
|
eh, mak kau ombak ~ ! |
|
di kesempatan itu |
|
n a k a j i m a y u t o |
Malamnya pulak, cuma pergi makan je. Ingatkan nak pergi Queens' Bay, tapi disebabkan berlaku satu insiden yang tak dijangka iaitu seorang pelajar lelaki rombongan, kena langgar. Nasib baik tak ada kecederaan. Orang yang langgar tu saja terkehel ibu jari kaki. Bahagian depan motor dia pulak rosaknya agak teruk jugak. Maka, cikgu pun batalkan rancangan tu. *Bersyukur jugak batalkan, dah lenguh dah semua otot ni*
Dannn... hari terakhir, awal2 lagi kena kemas barang dan check out dari tempat penginapan kerana kami akan bertolak ke Kedah untuk ke karnival air. Aku n the gang tak main air pun. Sekadar celup2 badan gitu je. Tak sampai setengah jam, terus salin baju. Dan tak mau main air.
Lepas tu, balik.... Naik bas, duduk 6 jam, selepas tu sampai di sekolah pada pukul 10:16 malam. Dalam bas aku muntah. Okey, dah tamat. Membosankan? Ya, macam laporan. Sedia untuk disemak dan diserahkan. :p
Assalamualaikum~
Jya, mata ne~ !