Monday, August 06, 2012

Exam dan Anime lagii......

 Assalamualaikum~
Konnichiwa~
Salam Ramadhan.....

Uwahhh, lamanya tak uruskan blog. Dah berhabuk, bersawang kot. sebenarnya aku tak sempat nak buka blog, mungkin sebab malas, kot? Tapi, antara sebab lainnya aku asyik tengok anime atau drama Jepun. salah satu sebab lainnya ialah aku kena belajar. SPM kan tahun depan (kalau ikut tahun) walaupun gitu, sebenarnya kalau kira bulan, dah nak dekat, tak sampai 16 bulan pun lagi.

Kepada blog ku sayang,
hari ni aku nak luahkan perasaan sepuas-puasnya. Sebenarnya berbulan ni, (eh, betulke perkataan tu..? he, lantaklah..~ =p ) Aku asyik fikir pasal exam je. Tak pernah lekang satu saat pun, walaupun aku tengah buat perkara yang aku suka macam tengok anime ke, atau tengok yuuto&inoo (kehkehkeh...) aku asyik terfikir pasal exam, tak banyak, sikit. sedangkan time solat pun sama, uwahhhhh~!! teruknya, dahsyat~!!!!! Exam sangat dahsyat. Esok adalah exam untuk subjek yang aku paling gerun,,,,,, uwaaahhhhh, EKONOMI ASAS memang DAHSYATTTTT`~~~!!!!

Kalaulah aku boleh bawa buku, latihan selama ni pun aku rujuk buku semuanya. kalau tak ada buku, memang aku tak boleh buat. Hei, SC (nama kau kan blog Secondary Child?) macam mana esok ni? Matematik pun sama, tapi Matematik aku tak gerun sangat sebab bukan Cikgu B..... yang ajar. Teruknya aku... Hahahaha....


Okey, aku rasa nak cerita pasal anime yang aku tengok sekarang. Bawah ni gambar yang sempat aku 'screencap'kan. Cerita ni tajuknya Kimi ni Todoke atau dalam BM nya Perasaanku Kepadamu (rasanyalah..). Kisahnya pasal seorang perempuan yang bernama Kuronuma Sawako, tapi di panggil Sadako, iaitu panggilan bagi hantu perempuan dalam movie. Sawako dipanggil macam tu sebab personaliti dia yang menakutkan. dengan berambut panjang, dia selalu digelar hantu, dan semua orang takut untuk berkawan dengan dia. Namun, dia ialah seorang yang sopan santun dan sangat lembut. Tapi, bermula perubahan dalam hidup dia bila seorang pelajar lelaki bernama Kazehaya Shota berkenalan dengan dia pada hari pertama sekolah. Kazehaya seorang yang disenangi semua orang sebab personaliti dia yang 'fresh'. Dari saat perkenalan dia dengan Kazehaya, dia mula melakukan perubahan dalam hidup untuk berusaha mendapatkan kawan. Dan dia mendapat dua orang kawan baik yang sangat ceria dan baik hati iaitu Yano Ayane, seorang yang agak matang dan bijak dan Yoshida Chizuru, seroang yang agak 'boyish' dan lembab sikit.
Kimi ni Todoke (lekaki baju hitam ialah Kazehaya, baju putih ialah Chizuru, merah ialah Sawako, dan yang baju oren ialah Ayane)


Salah satu sceen antara Sawako dan saingan dia, Kurumizawa yang agak ...jahat?




Okey, anime seterusnya ialah Another. Cerita ni agak mengerikan dan sangat menakutkan. Kisah ni berkisar tentang sebuah bandar kecil yang bernama Yomiyama. Khabar angin bahawa sebuah kelas dalam sekolah Yomiyama disumpah. Ianya bermula sejak 26 tahun lampau dan setiap tahun berikutnya, orang yang berkaitan dengan kelas tersebut iaitu gred 9 kelas 3 (maknanya tingkatan 3 menengah bawah) sama ada pelajar, guru, saudara-mara dan orang yang terdekat dan berkaitan dengan kelas tersebut berkemungkinan tinggi akan meninggal dengan cara yang sangat ngeri, hampir setiap bulan. Tapi, mereka (ahli kelas tersebut) menemui satu cara untuk menghentikan bencana tersebut. disebabkan punca bagi bencana tersebut dikisahkan tentang seorang pelajar yang yang genius, disenangi pelajar dan guru-guru tiba-tiba meninggal. apabila semua orang sibuk membincangkan tentang kematian pelajar tersebut, seorang pelajar tiba-tiba berkata sambil menuding jari ke arah meja pelajar yang mati tersebut sambil berkata, "Dia tak mati. Dia masih ada di kelas ni, Tengok.." Dan dari saat itu, tiba-tiba semua orang berkata seperti, "Ya. dia tak mati. Dia masih ada di kelas ni." dan sebagainya sehinggakan semua guru pun berkata begitu sehinggalah majlis graduasi mereka, pengetua mengarahkan tempat untuk pelajar yang mati tersebut tetap disediakan seperti pelajar lain. Tahun-tahun berikutnya juga sama. Namun, masalah muncul bencana tersebut apabila meja dan kerusi pelajar tidak cukup walaupun sebelum itu telah diperiksa senarai nama. ia disebabkan ada pelajar tambahan yang memasuki kelas tersebut. Pelajar tambahan ialah orang yang telah mati, tapi dia tidak mengetahui bahawa dia telah mati. oleh itu, bencana kematian yang ngeri akan berlaku pada orang yang berkaitan dengan kelas itu. cara untuk menghentikan bencana tersebut ialah dengan membunuh pelajar/orang tambahan tersebut.
Misaki Mei (Watak utama, sangat menyeramkan)
Salah satu bencana kematian tersebut.


Okey, aku rasa setakat it aje lah preview untuk anime tu. malas nak tulis panjang-panjang. tapi, cerita ni memang sangat menakutkan dan mengerikan. hehee. tapi aku tetap tengok sebab cerita ni best sangat. sebenarnya kakak aku yang download citer ni.

yosh~! setakat tu saja yang aku nak luahkan. kena studi untuk exam esok... uwahhh~~!!! kiraiiiii~!

Tata~ Assalamualaikum, selamat berpuasa.