setelah sekian lama mendiamkan diri. Ops, bukan mendiamkan diri, terpaksa mendiamkan diri, eh... walaupun sebenarnya mungkin ada saja masa, cuma kemalasan itu sentiasa melanda. Hohoho
Sekarang ni, aku dah semester dua, tahun satu. Hurmm... nampak macam masih jauh perjalanan untuk sampai ke tahun empat. Tapi, pejam celik, pejam celik sebenarnya kejap saja. Sepanjang aku hidup sebagai anak rantauan ni, banyak sangat pengalaman dan ilmu yang aku dapat. Hmm.. dah macam karangan refleksi pulak.

Belum lagi dengan karenah manusia sekeliling, kesesuaian jiwa yang perlu di suaikan dengan mereka hatta rakan sebilik, rakan sekelas mahupun sesiapa sahaja. Waktu ini, aku perlu cekal, perlu bijak mengawal diri. Waktu ini juga, nasihat walid dan umi adalah valid dan solid untuk digunakan. Mungkin aku sedang dewasa, namun sifat keanak-anakan juga yang kubawa.
Beban fikiran, menanggung masa depan sendiri, masa depan adikku, masa depan abang-abangku, masa depan kakakku, dan yang paling penting bagaimana masa depan ibu bapaku bersama anak-anaknya semua. Sentiasa aku letih dan lemah melayan hawa sendiri. Walaupun tidaklah seberat orang lain, namun fikiran dan jiwaku hanya cukup untuk diri ini sahaja.
Namun, sering aku risau. Pening memikirkan semua, meletakkan semua di atas satu. Hingga kadang-kadang tercicir apa yang perlu.
Aku mahu kuat, mahu tekad. Tapi, usahaku belum cekap.
Setakat itu sahaja luahan yang terluah :) .
Hmm.. Bye