Thursday, July 31, 2014

Update ; hari raya ^0^

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh~
Ha, kan dah panjang salam tu bila dah berkurun aku tak menjenguk ke blog ni. Hehe....

Hari ni dah masuk hari raya ke-5. Hmm.. sejak hujung ramadhan sampai hari ni, kalau nak keluar rumah, memang berejam duduk atas jalan raya tu *ehem, bukan duduk atas jalan, duduk dalam kereta atas jalan, mau cari nahas duduk atas jalan*

Sekarang ni, rasa pening sangat dok pikir pasal kerja kursus. Dah la semua subjek ada kerja kursus, rasa macam nak pitam pulak.

Oh ya, hari tu aku ada buat entri pasal temuduga IPG, alhamdulillah sekarang ni, aku dapat belajar di IPG KPM dalam subjek Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Macam best kan? Ahahaha..... Takdelah, semua subjek best. Yang ni pun pilih dulu sebab walid kata, "give it a try" bila aku kata tak tahu minat yang mana satu. Walaupun sebenarnya walid kata banyak kelebihan guru pendidikan khas ni yang orang tak tahu.

Lecturer yang juga dipanggil cikgu tu pun kata sebenarnya banyak lagi cabang bagi pendidikan khas, bukan sahaja dalam pendidikan, pentadbiran pun boleh (tapi jangan lari bidang sudahlah).

Okey, habis pasal pendidikan khas tu, sekarang nak cerita pasal raya pula. Hmm... raya tahun ni tak adalah meriah mana macam tahun-tahun dulu. Mungkin sebab aku duduk jauh kot, rasa malas pulak nak jalan-jalan bila dapat balik rumah ni.

Sebenarnya kat rumah ni pun, takde langsung persiapan raya. Kalau rumah orang lain mungkin dengan biskut rayanya, langsir baru, perabot baru, hiasan rumah dan sebagainya. Tapi kat rumah aku ni, memang tak ada lah tu semua. Yang ada cuma baju raya je. Tapi, tak apalah, lebih baik dari tak ada terus kan? Entahlah, tak muncul pun semangat nak raya. Masa duduk kat hostel cuma ada semangat nak balik je, bukan nak raya.

Tambahan pulak bila dengar krisis Israel-Palestin ni, memang tawar hati nak bermeriah-meriahan dengan raya. Terkenang rakyat Palestin yang menyambut raya dengan bedilan, roket bom dan sebagainya sedangkan kita kat Malaysia sambut raya dengan mercun, bunga api bagai.

Raya kali ni buat ala kadar je, InsyaAllah raya haji ni lebih meriah *walaupun kemungkinan aku tak dapat balik, huuuu.. sedih T^T*

Sedih jugak sebenarnya raya ni, tak ada kesempatan lagi nak jumpa sepupu yang tercinta, cik Ain Senget.. Hahaha.. tak adalah.... rindu nak jumpa dia. Almaklumlah, geng yang sehati sejiwa, semuanya nak buat secara berjemaah bila dah berjumpa. Hehe...

Uwaa.... rindu... Mintak-mintaklah Allah panjangkan jodoh kami boleh bertemu lagi.... Waduhh.. macam lirik lagu pulak..

Tapi takut tak sempat sebab kemungkinan dia balik ke KL dah hari ni dan aku balik Melaka dah esok... Huhu..sedihnya.

Tak apalah, panjang jodoh jumpa lagi kan?...

hmmm.. banyak dah kot merapu, tak apalah assalamualaikum dan
 selamat hari raya ~ ^0^