~Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum ^_^
Konnichiwa ☺
Hari ni terdetik nak cerita pasal hal semalam iaitu Temuduga IPG (untuk subjek Pendidikan Khas SK) pengambilan 2014 dekat IPG Kampus Kota Bharu, Pengkalan Chepa. *Eheh, tempat sama masa UKCG* Okey, semalam 15/4 hari Khamis, aku sesi yang ke empat (akhir sekali) pukul 2:30 petang. Masa semakan tiba-tiba ada pulak masa pendaftaran pukul 8:00 pagi. Tahun ni tak ada sesi temuduga individu, cuma ada sesi berkumpulan. Walaupun sebenarnya ada soalan berbentuk individu dalam kumpulan tu.
Mulanya aku pelik la jugak. Pendaftaran pukul 8 pagi tapi masa temuduga pukul 2:30. Takkanlah nak tunggu sampai pukul 2:30? Tapi bila baca dalam group fb yang pihak penemuduga tu akan bagi taklimat, aku pun datang awal lah jugak. Hurmm...
Oh ya, sehari sebelumnya, masa aku dok kat rumah, oto-san (Walid) ada telefon, suruh cari baju kurung batik dan kalau boleh buat name tag. Lalu dengan kelam kabutnya aku ajak abe pergi cari kedai yang boleh siapkan name tag hari tu juga.
Okei, berbalik pada hari temuduga. Sampai aje kat sana, aku dah boleh nampak bilik temuduga dan terus aku tandatangan pada kertas senarai nama bagi sesi yang ditetapkan (sesi keempat *last sekali*). Bangunan macam bangunan sekolah rendah yang kebanyakannya tak bertingkat. Masa tu, pihak penemuduga sedang bagi taklimat pada calon (termasuk aku) yang duduk di luar bilik temuduga. Dia cuma bagi tahu macam mana cara nak susun sijil dan jenis sijil yang diperlukan iaitu :
- Borang maklumat diri (di print dari laman web KPM)
- Salinan sijil kelahiran
- Salinan kad pengenalan
- Salinan slip SPM
- Salinan sijil ko-kurikulum (sejak dari ting. 4 sampai ting.5 ikut peringkat *peringkat tertinggi di atas sekali*)
- Perakuan diri (IPG dan sekolah *yang di print kat laman web KPM*
Masa nak tunggu sesi yang keempat tu, aku berkenal-kenalan jugak lah dengan calon-calon lain. Salah seorangnya ialah Masturah. Dia baru balik dari Sabah sebab dia dah sekolah kat sabah sejak sekolah rendah jadi bila habis SPM teus dia balik Kelantan. Bila aku tengok sijil-sijil dia, melopong jugak, dengan sijil pidato, pantun, tilawah, tokoh maulidur rasul, dan sebagainya, macam-macam peringkat pulak tu. Aku pulak sedih jer, ada sijil kem dengan merentas desa aje, tu pun peringkat sekolah *yang dipaksa terlibat* .
Masa aku dok menunggu tu, aku bincang bincang jugak dengan rakan sekumpulan, antaranya ialah Masturah, Farhana, dan Fatin, yang lain-lain aku kenal masa hampir nak masuk bilik temuduga je. Sebenarnya ramai jugak budak sekolah sendiri yang aku jumpa, dahla amik satu subjek dengan aku, 4 orang semuanya. Tapi mujur aku tak sama sesi dengan mereka (kecuali sorang budak laki yang tak sekelas dengan aku), kalau tak segan jugak sebab satu sekolah.
Masa tu ada jugak calon yang datang lewat jadi kumpulan untuk sesi dia ni kekurangan orang jadi pihak penemuduga ambil ahli sesi seterusnya. Yang lewat tu pulak kena masuk sesi lain, dahla kena marah *tapi tak keras sangat*. Kalau dekat tempat lain (IPG lain) yang aku dengar, walaupun lewat lima minit je, dah dibatalkan kelayakan, tapi pihak penemuduga kat sini masih bagi peluang. Jadi kesimpulannya dalam hal ni, kena datang awal.
Sebenarnya bila dapat tahu je pengesahan temuduga tu, terus aku cari maklumat pasal pendidikan khas dan pendidikan negara. Antara maklumat yang aku cari ialah pasal ciri-ciri murid pendidikan khas, falsafah pendidikan khas, dan apa-apa je yang berkaitan dengan pendidikan khas.
Tapi masa berjumpa dengan calon-calon lain terutamanya Masturah aku dapat tengok maklumat yang dia cari agak lebih berkesan dan terperinci. Dia tulis dalam buku nota kecil pasal jenis murid pendidikan khas, pengelasan, ciri-ciri dan sebagainya. Tapi hari tu, kami betul-betul bincang dan berkongsi maklumat pasal apa yang kami tahu.
Emm, sebelum temuduga, aku ada jumpa dengan seorang pensyarah kat IPG ni yang merupakan kenalan Farhana, jadi kami tiga orang ni pergilah jumpa dia untuk dapatkan sedikit tips dan ilmu. Antaranya :
- Kena guna istilah2 dalam pendidikan khas, tapi mestilah dalam bahasa baku seperti hiperaktif, disleksia, serebral palsi, autistik dan sebagainya (tapi kalau istilah BI yang dah tak boleh diterjemahkan, boleh juga diguna)
- Mesti jaga eye contact dengan penemu duga dan calon lain, jadikannya seperti perbincangan/forum
- Boleh guna point orang lain dan digubah dalam penerangan sendiri atau tambah penerangan orang lain contohnya "Saya bersetuju dengan pendapat saudara/i, namun saya ingin menambah lagi........ "/ "Saya berpendapat bahawa ........ " / "Saranan saya ........ "
- Boleh guna pengalaman sendiri kalau ada, contohnya "Saya pernah bergaul dengan seorang kanak-kanak yang mempunyai masalah autistik dan saya dapati mereka ini ............ " ➡ "Jadi saya rasa mereka perlulah diajar menggunakan cara begini .......... " ➡ " Oleh itu, mereka pasti dapat ........... "
- Jangan sekali-kali memotong percakapan orang lain
- Tunjukkan muka yang manis, jangan nampak gugup sebaliknya perlulah kelihatan berkeyakinan
- Duduk tegak, jangan mengerak-gerakkan lutut (macam orang nak jahit baju), tangan di atas paha sendiri
- Masa bercakap, jangan terlalu cepat dan jangan terlalu lambat
- Nada mestilah bersesuaian, jangan terlampau keras (macam baca buku) atau jangan terlampau beremosi
- Jangan monopoli perbincangan itu, buat secara berkumpulan dan perlu kelihatan bekerjasama dengan calon lain
Bila tiba giliran kami, dengan hati yang penuh debaran kami masuk. Masa nak duduk tu mereka dah aturkan tempat. Tempat aku dekat hujung sekali. Mula mula P1 (penemuduga 1) *dua2 penemuduga tu lelaki* terangkan yang dalam temuduga ini, mula2 mereka akan tanyakan satu video dan soalan mereka berdasarkan video tersebut yang dikaitkan dengan subjek pendidikan khas. Video yang mereka tayangkan untuk kumpulan kami ialah video pasal atlit ni. (Kumpulan lain berbeza videonya, ada video pasal hari guru)
Dalam sesi ini, akan ada 5 pusingan soalan. Pusingan pertama masa yang diberikan oleh setiap calon ialah 1 minit, pusingan pertama 2 minit, pusingan ke 3, 3 minit, pusingan ke empat empat minit dan pusingan kelima tidak dihadkan masa untuk bercakap. Namun yang terakhir sekali adalah soalan yang menjurus kepada peribadi dalam bahasa inggeris kepada setiap calon.
(Sebenarnya tak ingat sangat secara tepat apakah soalannya, tapi lebih kurang beginilah)
Soalan 1 : Apakah perasaan anda sebagai seorang guru pendidikan khas apabila melihat usaha atlet berkenaan?
Soalan 2 : Sebagai seorang guru pendidikan khas, bagaimanakah anda boleh melibatkan murid pendidikan khas dalam pelbagai aktiviti kokurikulum, bermain bola sepak misalnya.
Soalan 3 : Bagaimanakah pendapat anda bagi meluaskan potensi dan kewujudan murid pendidikan khas.
Soalan 4 : Pada pendapat anda, bagaimana cara meningkatkan taraf kehidupan murid pendidikan khas ini nanti?
Soalan 5 : Sebagai seorang warganegara, apakah langkah yang sesuai boleh dilakukan bagi memberi kesedaran kepada setiap masyarakat bagi menghargai murid pendidikan khas ini?
Soalan peribadi : Tell me about your family background.
Untuk soalan peribadi ni, dia cuma bagi 1 minit. Lepas habis tu, dia mintak seorang-seorang mula dengan aku bangun dan berjalan di hadapan mereka sambil ambil fail dan keluar. Wah, yang ni aku jalan macam robot sikit sebab sakit kaki pakai kasut bertumit tu. Dahlah hujung dia tirus macam tu, memang sakit sangat kaki ni.
Ada orang lain yang bila habis tu pihak penemuduga tu panggil sebab fail dia tak lengkap. Sorang calon laki ni tak ada slip asal SPM lepas tu penemuduga tu cakap
"Macam mana saya nak sahkan ni kalau slip asal tak ada?"
Lepas tu, aku tak tahu macam mana..
Agak lama jugak tempoh temuduga tu. Kami masuk pukul 2:15, habis pukul 3:20. Lebih kurang sejam jugak lah. Mujur aku pakai kot, gugup campur dengan sejuknya aircond tu, boleh beku otak rasanya. Hehe
Okey, aku rasa setakat itu sajalah perkongsian yang boleh aku cerita.
Tata, Assalamualaikum.
Jyaa nee ^_^