Thursday, February 20, 2014

Kecil-kecil dulu kan...

Assalamualaikum~
Hai..

Kali ni nak cerita masa zaman budak dulu.
Masa kecil, Umi dan Walid adalah idola aku yang sangat aku sayangi. Sebab kecil lagi, jadi aku ingat semua orang dewasa macam Umi dan Walid. Baik, tak pernah tipu orang, tak suka tabur fitnah, penyayang dan sebagainya. Masa tu, aku rasakan yang orang dewasa ni adalah sempurna.

Masa kecil - kecil dulu, aku ingat semua orang bila besar akan jadi orang baik, selalu solat dan macam-macam lagi tak kira la masa kecik dia tu nakal ke, jahat sikit ke . Hehe..
Memang tak terlintas lansung yang seorang kanak-kanak yang kecil tu bila besar  boleh jadi macam macam, tak kira baik atau jahat.

Satu lagi, kecil-kecil dulu kan, aku ingat semua orang kenal Walid sebab masa dalam kereta, kadang-kadang Walid akan hon dekat kenderaan tertentu *maknanya yang Walid kenal*. Oleh sebab tu, aku rasa yang orang dewasa ni sangat-sangat baik.

Tapi bila aku baca surat khabar/majalah/buku, masa umur 9 tahun, aku terkejut baca fakta yang ramai orang Islam tak solat, buat jenayah dan lain-lain. Masa umur tu lah, pandangan aku tentang dunia luar berubah. Aku tak percaya pada orang dewasa selain Umi dan Walid. Aku rasa yang mereka cuma pura-pura baik.

Okey, tu masa aku umur 9 tahun. Bila masuk tingkatan 1, sekali lagi aku tukar pandangan. Rupa-rupanya, tak semua orang dewasa hipokrit. Aku belajar tentang baik dan buruknya dunia luar. Tetap, aku takut untuk ke dunia sana sampai sekarang.


Aku takut kalau -kalau aku berubah jadi orang dewasa yang buruk sifatnya. Okey, sekarang pun sedang mendisiplinkan diri walaupun kadang- kadang terkeluar jugak sikap tak berapa baiknya.

Aku nak buang sikap malas, penakut, baran, tak bersyukur dan macam-macam lagi. Aku rasa sangat teruk bila aku marah budak-budak walaupun memang panas hati sangat-sangat. Aku jadi lupa yang sifat budak-budak memang macam tu. Aktif, degil sikit. Tapi masa tu aku jadi kurang sifat belas, mungkin terpengaruh dengan sikap ibu bapa budak tu sendiri. Aku jadi teringat dan rasa nak mengungkit bila teringatkan tentang tanggungjawab.

Perkara yang selalu aku ungkitkan dalam diri ialah "Kenapa aku kena jaga budak-budak ni sedang kan diorang ada mak ayah? Diorang bukannya anak yatim nak kena serah pada orang lain. Bila rumah tangga dah goyah, anak-anak terbengkalai. Baik tak payah kawin kalau buat menyusahkan orang saja !" Okey, aku mengaku agak kasar sikit, tapi untuk tak fikir macam tu memang agak susah.

Tapi, Umi selalu pesan supaya sabar dengan kerenah budak-budak sebab mereka ialah ahli syurga. "Kalau nak dekat dengan syurga layanlah ahli syurga." Okey, itu nasihatnya.

Tapi untuk amalkannya, rasa susah sangat. Entahlah....

Kadang-kadang aku bayangkan jugak budak-budak ni bila 10-20 tahun akan datang. Layanan aku masa sekarang, macam mana mereka akan tafsirkan nanti. Macam mana diorang akan jadi bila aku tetap macam ni. Mungkin pandangannya tentang orang dewasa dan dunia luar adalah sebaliknya yang pernah aku tafsirkan masa kecil.

Yup, masa kecil aku penuh dengan kasih sayang ibu bapa. Tapi, diorang? Kecil-kecil dah berpisah dengan ibu dan ayah. Layanan orang lain, sebaik mana pun, atau segarang mana pun, tak sama dengan ibu dan ayah tak?

Okeylah. Setakat tu je, assalamualaikum~

May Allah bless you!