Friday, June 15, 2012

Drama Melayu dan Komen Aku

Assalamualaikum~
Hai~
Konnichiwa~
*banyaknya greeting, hehe

Kebelakangan ni, dah lama aku tak dengar lagu Hey! Say JUMP. Rasa sunyi la pulak.. Hahaha Anime One Piece pun dah sampai episod 500 lebih dah aku tengok #dengan abang & kakak aku .

Sebenarnya, aku tak tahu motif apa nak tulis ni, tapi aku teringat satu benda. Aku rasa nak mengomen sikit pasal drama kat tv sekarang ni. Kalau disedari kebanyakan drama bergenrekan cintan cintun ni mesti tajuk dia adalah nama watak perempuan. Aku tak tahu lah kenapa tapi bila buat macam tu, bagi pandangan aku, kisah drama tu adalah pasal kisah watak perempuan tu seratus peratus dan tidak menonjolkan kisah yang nak dikisahkan.

Dan, semua tu buatkan aku bertambah tak faham dengan drama Melayu sekarang. Bukan aku nak mengata, tetapi pada pandangan aku, semua cerita tu perlulah diubah sikit. Janganla buat drama pasal cinta semata-mata. Pasal hubungan kekeluargaan ke, persahabatan atau pentadbiran negara pun boleh dibuat drama jugak.

Kadang-kadang aku bosan dengan drama sekarang. Apa yang bagi aku bosan adalah latar cerita tu sendiri. Contohnya, tentu kisah tu terlibat dengan ahli korporat, dunia perniagaan, masyarakat bandar yang kehidupannya sotifistikated. Apa, kat Malaysia ni memang ada masyarakat gitu aje ke..? Jarang aku tengok orang buat drama yang latar bagi masyarakatnya adalah terdiri daripada guru-guru, nelayan, peniaga kecil-kecilan dan sebagainya.  Memang ada orang yang buat cerita berdasarkan semua tu, tapi kekerapannya berbanding masyarakat korporat tu agak jarang.



Hmm... Kuat mengomen pulak aku rasa ni. Hahaha....

Emmm, adoiyaaii, rasa mengantuk pulak, dah pukul 12 malam lebih dah ni...

Oyasumi nasai~
Assalamualaikum..

# Lagi sekali aku akhiri post aku dengan tiada penutup.. hihihi

Wednesday, June 13, 2012

Salah saya~ Minta maaf~

As-salam~
Konnichiwa~..

Rasanya dah lama tak buat post baru sejak cuti sekolah.. Lama dah aku tak bukak internet atau sebetulnya, tak ada peluang nak guna internet@pc...

Hari ni sebenarnya aku tak pergi sekolah sebab.. emmm..... sebab....
Sebenarnya aku tak ada semangat nak pergi sekolah
*Oh, kalau gitu, tiap-tiap kali rasa takde semangat, ponteng lahh..

Ehehehe.... nak kata emo, macam over sangat kan... entah lah,, aku rasa kosong je perasaan. Walaupun sebelum sekolah aku sentiasa betulkan niat yang nak ke sekolah ni sebenarnya nak belajar.. Bukannya nak main-main. Tapi, Alhamdulillah apa yang cikgu aku ajar kat sekolah lekat jugak kat kepala... Terus-terang, sebenarnya aku kadang-kadang benci dengan suasana sekolah. Tak tahu lah suasana apa yang buatkan aku benci, tapi ada yang tidak menyenangkan. Mungkin kawan-kawan, cikgu? Atau lebih tepat, hubungan dengan manusia. Hahaha *hubungan dengan binatang okeyla..? Bukan gitu, cuma bila seseorang berpendapat sesuatu, atau bertindak sesuatu, tentu aku rasa nak mengulas (dalam jiwa) tindakan atau pendapat itu dan kadang-kadang buat aku rasa tak puas hati. Aku tak tahu apa yang aku nak.. Oleh itu, perasaan tak senang dan macam-macam lagi perasaan bodoh yang lain aku rasa sampai aku nak muntah. Memang betul, aku akan rasa mual. Semua perkara yang aku benci akan buat aku rasa nak mual.. Nasib baik tak muntah aje... Tapi, aku tahu, aku tak layak nak benci orang/perkara/pendapat/benda dan sebagainya sebab belum tentu orang pun tak benci aku/nak muntah pasala aku... Hahaha

Akhir-akhir ni aku banyak fikir pasal kehidupan yang aku jalani sekarang. Sekarang aku dah remaja, umur pun nak sampai 16.. hehe.. tapi aku fikir, berbaloi ke segala perkara yang aku buat sekarang untuk aku kenang nanti aku tua... Tapi, kot-kot aku tak sempat tua, dah balik ke kampung asal aku, yakni akhirat. Dah jadi penghuni kubur. Banyak perkara yang aku menyesal, tapi aku tetap buat jugak.. Dah jadi tabiat, rasa lain bila tak buat. Dengar lagu yang agak lagha.. hehe Macam mana ya nanti keadaan aku nanti dalam kubur.


Kubur aku nanti sempit ke luas. Nanti aku nak mati, macam mana la..... Dah la banyak lagi orang yang aku tak minta maaf. Memang banyak salah aku yang aku buat tapi tak pernah pun aku lafazkan ucapan maaf terutamanya keluarga aku. Hati aku nak sangat minta maaf, tapi ego aku memang tinggi melambung. Rasa malu pun ada. Ya Allah....

Banyak dah hati yang aku sakitkan. Memang aku mengaku dan memang aku nak minta maaf, tapi aku tak buat pun sebab rasa malu. Agak-agak diorang maafkan tak perangai aku ni..?

Aku tahu yang aku ni agak hipokrit dalam bergaul dengan kawan-kawan, saudara mara.... Selalu cakap benda yang menyenangkan diorang walaupun benda tu tak betul.... Nak melindungi perasaan orang, memang kena korbankan perasaan diri kan.. Tapi, takpelah... Berbaloi aku rasa sebab akan rasa puas walaupun hati agak sedih. Nak buat, macam mana, itulah manusia kan...Aku tahu, setiap yang berlaku dalam hidup aku mesti ada hikmah yang Tuhan nak bagi aku cari dan tahu.Alhamdulillah....Syukur aku seorang manusia...

Memang aku mengaku yang aku ni tak pandai sangat nak bergaul dengan orang. Mesti ada orang yang terasa hati dengan sikap aku.  Rasa menyesal dalam hidup, bila tak ada hubungan yang baik sesama manusia. Aku harap, keluarga aku mendapat Mawaddah dan Sakinah... 

Okeylah, itu je yang terluah sekarang....
Assalamualaikum~


P/S : Gaduh dengan adik-beradik memang lain bila gaduh dengan kawan-kawan. Bila dengan kawan-kawan, kenapa mudah aku nak minta maaf sedangkan dengan adik-beradik@keluarga, macam nak keluarkan batu besar dari mulut ucapan maaf tu...Sampai sekarang aku tak pernah minta maaf bila buat salah dengan ahli keluarga.... Astaghfirullah...