Assalamualaikum~
Hisashiburi deshita, genki desu ka?
Kyou wa minna-san wa dousuru? Nani wo kimeta? Aru ka?
Hahaha, kono shaberu wa kankenaisshi.
Ah, wasurete ~!
Hehe, penangan tengok citer Nihon, macam ni lah. Maksud ayat tu adalah
"lama tak jumpa, apa khabar?"
"hari ni awak semua buat apa? apa yang telah awak tetapkan? ada ke?
"hahaha, semua tu tak berkaitan pun"
"Ah, lupakan je lah~!"
*Ok! Kuyan(Rayyan) geram sebenarnya ni* |
Di hari Jumaat yang indah dan penuh keberkatan ini *ceh, ayat hiperbola* saya memohon sepuluh jari nak minta maaf pada sesiapa yang berkaitan sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia.
pelik ke kalau tiba-tiba orang minta maaf? haha, tak ada lah, kan? I'm a random person anyway.
Sebenarnya tu cuma pembuka kata... Dah lama tak update blog ni kan, dan banyak kot sawang-sawang yang menjelma. *Dah nama pun laman web, ye dak?*
Ini adalah post yang pertama tahun ni setelah aku baru sedar yang tuan punya blog ni rupanya dah masuk tingkatan 5. Hayaaii ne~ *cepatnya*... Bila tengok adik-adik form 1,2 rasa macam aneh sangat. Rasa macam tak kenal sekolah sendiri. Kenapa ada banyak muka baru ni. *Mungkin ni perasaan akak-akak senior dulu masa aku jadi Form 1*Waaa~ tak sangka yang diri ni adalah golongan pelajar yang tertua di sekolah.
Mula-mula pergi sekolah tahun ni, rasa pelik bila tengok tak ada abang kakak senior, then baru perasan yang sekarang ni aku tingkatan 5. Dan, sebab tu lah hari-hari pergi sekolah, perkataan dalam hati adalah "Aku tingkatan 5, bakal umur 17 tahun, umur makin besar, tanggungjawab pun dah makin besar". Masa tingkatan 1 dulu, aku tak akan sangka yang aku akan berfikiran macam ni. Aku tak sangka yang aku akan dengar dan serius dengan arahan&nasihat cikgu. *Hehe, biasalah, budak-budak dulu, liat nak dengar arahan cikgu.*
Ada banyak benda yang aku tak sangka(masa budak-budak dulu) aku akan ambil serius, iaitu
#nasihat
#tips
#arahan/suruhan
#peringatan
#masa depan
#berita (ceh! ada benda jugak ni!)
Jadi, bila sekarang aku tumpukan perhatian pada benda ni semua. Tak tahulah, mungkin sebab perubahan umur kot. *Heh, umur baru masuk 16, dah mengaku besar, atotoi~*
Memang betul apa yang Cikgu Fauzi cakap, 'budak' akan mula 'berona' pada umur 17 dan 21 tahun. Dipanggil waktu kritikal dalam perkembangan sosial. Entah, betul kot.
Okey, tahun ni aku duduk dalam kelas yang sama macam tahun lepas. Nak buat macam mana, dalam sekolah ni, hanya satu kelas je yang ada aliran ni. Tapi, tempat duduk aku dah berubah. Dulu aku dengan Farhana duduk tepi tingkap, baris ke-3 dari depan. Sekarang ni aku duduk belakang sekali dengan Farhana. Sebabnya aku lewat datang kelas dan satu lagi sebab meja dan kerusi semuanya dah ditukar dengan yang baru. Hanya kelas kami je.
Agak menyedihkan juga bila duduk kat belakang ni. Rasa terasing sangat. Dah la jarak antara papan putih dengan meja kami jauh. Tapi, aku tekad, aku akan belajar bersungguh-sungguh jugak tahun ni. Tahun ni adalah tahun terakhir aku kat sini. Tahun terakhir bersama kawan-kawan yang aku kenal sejak dulu lagi. Mungkin lepas ni kami akan terpisah jauh. Jadi, aku akan cuba nikmati tahun ni sambil berusaha keras. Yosh~ gambarimasu~!
Ah ya, tahun ni aku lebih rapat dengan Farhana *sejak tahun lepas lagi sebenarnya*. Mungkin sebab kami duduk semeja dan dia juga ada persamaan dengan aku. Dari segi ahli keluarga, sikap dan juga minat. Ahli keluarga dia juga ramai macam aku, sikap gila-gila dalam penampilan pendiam, minat yang sama pada artis *walaupun aku yang bawa pengaruh pada dia*. Dan yang paling penting aku rasa selesa dengan dia. Setakat ni, orang yang aku dapat tunjukkan diri sebenar aku adalah Ana, yang kedua Mimi, lepas tu Neem dengan Tihah. Piqah pulak, aku segan jugak kadang-kadang.
Tapi tapi tapi, entahlah, kalau nak dibuat chart, semuanya aku tak boleh letak nombor. Ana gila-gila walaupun nampak pendiam, agak 'pervert' jugak, XD hehe. Mimi pulak walaupun wajah dia tak ada reaksi tapi kadang-kadang dia macam boleh teka apa yang ada dalam fikiran orang. Sikap dia pun tak boleh jangka. Orang yang agak pelik. Tihah pula, gadis yang paling normal (selain Piqah)Dia baik hati, pemurah dan kecik (comel). Neem pulak jenis kalut dan penuh dengan reaksi. Piqah ialah kawan aku yang paling anggun+elegan. Aku tak pernah tengok dia kelam kabut, jalan pun tersusun aje. Paling bersedia. Dan yang terakhir Zatul@Shahira, walaupun dia dah pindah sekolah. Dia ni jenis yang banyak cakap dan suka tegur orang/peramah. Cakap macam orang tua. Hehe..
Eh eh, banyak pula cakap pasal diorang. Hehe. Rasa nak beritahu je sebenarnya. Ngeh,
untuk tahun baru ni. Itu aje kot~
Akhir kata, Akemashite Omedetou Gozaimasu ~ Happy New Year ~ Selamat Tahun Baru ~ Ai'di Millad biSai'd~
That's all~ Jyaa, mata ne~ Jumpa lagi