Wednesday, May 01, 2013

Secalit Kehidupan ; Pasca Tangisan

Assalamualaikum~

Hmm... betul ke orang yang selalunya riang ceria adalah orang yang paling sedih tangisannya? Kalau betul, alangkah ruginya keceriaan yang dia pamerkan, tidak dapat ditunjukkan waktu ia berduka. Ia mampu menceriakan orang lain namun sangat menyedihkan untuk diri sendiri.

Jadi, kenapa tidak kita cuba untuk senyum waktu berduka. It's okay untuk senyum dalam tangisan kerana itu tandannya kita kuat. Air mata bukan tanda seseorang itu lemah sebaliknya ia menjadikan kita semakin kuat. Senyum, menangislah, dan bangun kembali. Maka kita dapat bergerak ke hadapan.

Aku tahu agak perit untuk lupakan kedukaan dan jalinkan kembali harapan tetapi dunia ini untuk orang yang sanggup berusaha. Kalau kita jatuh, itu tandanya kita perlu bangun dan berjalan dengan lebih kuat. Tak siapa yang berjaya tanpa secebis mahupun selaut kegagalan.

Untuk itu aku mahu bangun dan teruskan perjalanan.



Air mata adalah tangisan,
Wujud dari emosi yang haru,
Kekuatan adalah teman,
Yang sentiasa berdiri saat hati berhujan,

Bangunlah, dan cari ketabahan,
Lalu melangkah,
Apabila kaki sudah gagah.

Juga senyum,
Yang lebar terhias.


Dari hati yang masih mengharap, 
dari patahnya sebuah pandangan dalam kehidupan.
M.E