Friday, August 26, 2016

Sakit Gigi Lagi

Assalamualaikum blog~ Hai..
Hari ni pergi klinik gigi lagi. Buat tampalan semula gigi sebab hari Isnin lepas dah pergi. Masa pergi hari Isnin tu, saja nak tampal gigi yang dah lama berlubang. Pergi hari Isnin sebab hari tu IPG buat program, dah la sepanjang hari , jadi tak ada kuliah. Fikir-fikir daripada duduk je dalam program tu, baik pergi cek gigi, lagipun gigi tu dah lama berlubang. Makan pun selama ni macam tak selesa. Jadi macam orang tua. Selalu hisap celah gigi sebab makanan terlekat. Jadi hari Isnin tu pergilah dekat Klinik Pergigian Peringgit kat Melaka ni.

Sampai je kat sana, tengok macam tak ramai orang , jauh beza kat bawah (tingkat bawah tu klinik untuk sakit ringan/umum). Nasib baik jugak, jadi tak payah tunggu lama. Kejap je, lepas daftar tunggu dalam 3 ke 4 minit gitu, terus nombor kena panggil. Sebelum masuk tu memang selawat Bismillah banyak-banyak, mintak2 doktor perempuan yang baik-baik, tak garang. Alhamdulillah dapat doktor perempuan, muka comel je cakap lemah lembut. Lega sikit rasa. Lepas tu dia tanya nak buat apa. Pastu cakaplah nak tampal gigi. Dia pun macam biasa lah suruh baring nak tengok. Bila dia tengok apa semua tu, dia cakap lubang yang nak ditampal tu agak besar dan dalam. Tapi, doktor tu kata dia try tampal je dulu. Aku pun setuju je lah. Masa dia tampal tu, Ya Allah macam biasa, aku memang ngilu bila dengar mesin dia tu. Hahaha.. tapi tahan jela.. Tapi, masa dia masukkan sesuatu macam besi antara gigi/gusi tu, sakit ngilu sangat.. Aku ingatkan sebab proses nak tampal, so biarkan jelah. Lepas habis rawatan tu, dia kata sebenarnya banyak lagi rawatan yang aku kena buat sebab ada 2 lagi gigi yang berlubang dan perlu cuci karang gigi lagi. Tapi disebabkan situ klinik kerajaan, so polisinya satu kali rawatan untuk sekali datang. Jadi, kalau nak buat rawatan lain kena datang lagi lah.. tapi mungkin jugak kena ambil nombor lain (mungkin sebab takut pesakit lain menunggu, sebab aku ada dengar dia tanya nurse, ada lagi ke pesakit, pastu nurse kata ada sorang lagi menunggu), mungkin gitu kot, tapi tak pastilah. Jadi Isnin tu aku pun baliklah IPG dengan rasa sakit tu (yela... ingatkan sakit kejap je).

 Lepas tu sepanjang hari Isnin sampai Jumaat (sebelum pergi klinik), gigi yang doktor tampal tu sakit je (selalu berdenyut-denyut) sampai muka aku memang ada orang tegur selalu berkerut-kerut walaupun tak naik ke kepala lagi. Tapi sakit dia on off la, kejap sakit kejap tak..Tapi kalau time sakit memang aku ni duk pegang pipi je lah. Tekan-tekan gitu. Aku ada search kat Internet, pasal sakit gigi lepas tampalan dan ada la jumpa kat blog Indon, katanya mungkin bawah tampalan tu masih ada bakteria yang tak dibersihkan dengan baik atau tampalan tu mengenai saraf gigi. Sebab tu jadi sakit lepas tampalan. Akhirnya tengah hari tadi aku decide nak pegi klinik jugak alang-alang waktu tu free kejap. Yelah.. dah lama aku beralasan tak de masa nak pergi klinik sebabkan assignment, aktiviti dan macam2 lagi kegiatan kat IPG ni. So, tadi aku pun pergi lah, ajak dua tiga orang kawan yang selalu jugak pesan kat aku, kalau nak pergi klinik gigi ajak diorang. Tapi, hmm.. salah timing kot, semua yang diajak tu taknak pulak pergi.. ada kerja lah kan.  Cuma kawan aku sorang ni je tawarkan diri nak teman, tapi disebabkan dia kena jumpa lecturer petang ni, so dia ajak aku pergi dalam pukul 3.30 gitu. Aku pun setujulah sebelum dapat whatsapp dari sorang ni pulak, kata nak pergi bank, tapi dia ajak pergi sekali jelah. Waktu tu dah pukul 2 lebih, so aku setuju lah sebab boleh pergi awal sikit. Yang tawarkan diri tadi tu aku bagitau je la yang tak jadi pergi dengan dia. Jadi kitorang pun pegilah (walaupun kawan aku tu pergi bank, aku pegi klinik sorang).

Sampai je kat klinik tu, aku tengok, wow lengangnya..memang tak sibuk langsung ada dalam 5, 6 orang je kat bawah tu. Jauh beza macam yang aku pegi hari Isnin hari tu, padahal waktu lebih kurang je. Jadi, aku terus menapak ke tingkat atas, bahagian klinik pergigian. Bila bukak je pintu tu, aku perasan kenapa gelap je walaupun adalah dua tiga orang duk menunggu kat tempat duduk tu..Tapi ada je nurse yang jaga kaunter tu. Ingatkan nak jimat letrik, rupanya waktu beroperasi hari Jumaat memang start pukul 2.30. Hahaha... Tu yang bila aku letak je I/C kat kaunter tu dia suruh tunggu dulu. Nak tunggu doktor masuk dulu. Lepas tu, dalam pukul 2.50 gitu, barulah dapat nombor (lepas nurse tu dah panggil nama semua).
 
Tunggu dalam 10 minit gitu, nombor dah kena seru. Masuk je bilik nombor 4 tu, nampak doktor yang sama hari tu. Memang dah diassign kot sebab bila kita nak daftar kan, nurse tanya, pernah datang tak, kalau pernah bila kali terakhir. Tu yang bila aku kata kat nurse tu datang Isnin lepas terus dia masuk ke bilik doktor  (cek rekod aku kot, dengan doktor mana).
Okay, berbalik bila masuk bilik doktor tu semula, doktor tanya sakit apa. Pastu aku pun jelaskan la sakit gini2. Dia pun cek kejap dan bagitau mungkin aku punya tampalan tu tak berkesan pada gigi yang dah berlubang besar dan dalam. So, untuk pastikan dia suruh aku x-ray dulu gigi tu. Untuk tu, pembantu doktor (nurse kot orang panggil) suruh aku ikut dia ke bilik x-ray. Dia masukkan plak yang kecik tu je dalam mulut. Sakit jugaklah sebab kena letak bawah lidah, dahla dalam keadaan melintang. Tapi kejap je. Pembantu doktor ni pun baik je, lembut. Mesin x ray tu macam kat bawah ni.
credit to google



credit to google
 takde lah rumit sangat, lebih kurang macam gambar kat atas. Lepas tu, filem gigi aku tu dia bawak kepada doktor dan doktor bagitau aku memang lubang aku ni dalam sangat dan hampir sampai ke saraf gigi. So dia kata dia akan cabut balik tampalan tu dan akan letak ubat dan tampal balik. If its work, then I'm safe but if I got any complication then it's time for those two option. Yup, RCT or cabut gigi !! RCT tu root canal treatment atau rawatan akar. Aku sebenarnya dah kali ketiga ditawarkan rawatan akar ni. First, masa tingkatan 3 untuk gigi belah kanan. Hahaha. berlubang teruk. Masa tu ingatkan nak buat RCT, tapi lastly doktor tu kata macam dah tak boleh buat. Jadi, panggil penjaga (ayah aku) dan bincang untuk cabut. Hahaha.. sedih je.. muda-muda dah kena cabut gigi kekal tu. Then, second was my first year at IPG. Masa tu, blur sikit pasal penerangan doktor tu. Dia kata RCT ni risiko besar..bla.. bla..(dekat Klinik Peringgit ni jugak, tapi doktor lain), then she suggested me to do tooth extraction. ahhaha.. CABUT GIGI!!.. jadinya, disebabkan sakit gigi aku masa tu melampau-lampau sakitnya sampaikan nak tidur pun tak boleh. Jadi, aku buat keputusan untuk cabut je (masa ni dah cukup umur, tak perlu kebenaran penjaga).

Then, just now I was offered again with the two options, IF the filling wasn't working on my third risky tooth. Hahaha..jadi, seperti yang diberitahu, doktor tu pun start dengan cabut balik tampalan yang sebelumnya dan cuci (cuci kot) sebelum bubuh ubat. Masa doktor tu nak cabut tampalan, kan guna mesin tu,,, YA ALLAH ngilunya hanya Tuhan yang tahu.. Keras badan aku duduk atas kerusi tu. Tapi.. hm... mampu tahan jela.. sape suruh tak jaga gigi baik-baik kan.. Lepas doktor cabut tampalan tu, dia pun sapu ubat tu.. rasa dia macam bunga cengkih + mint gitu. berangin. lepas je dia cabut tampalan and bubuh ubat tu, terus hilang sakit gigi. hahaa.. rasa dah okay kut. Dalam hati, "tak perlu dah kot RCT tu" .. tapi kena jagalah kann gigi ni.

Dan, sekarang aku rasa tampalan ni lagi okey dari yang sebelumnya. Lepas tu doktor tu kata, dalam 2-4 minggu lagi, kena datang balik untuk cek sama ada tampalan ni okey tak atau kena proceed dengan RCT. Hmm.. aku pulak, ikutlah mana-mana, asalkan tak kena cabut lagi.. Huwaa.. takmaula.. umur tak sampai dua puluh dah tiga batang gigi kekal nak kena cabut. Dua tak ada ni pun dah rasa macam makcik umor empat puluh dah.. tapi, dalam beberapa minggu/bulan ni mungkin aku akan pergi lagi kut untuk tampal gigi lain dan cuci karang gigi. Banyak betul sebenarnya rawatan gigi yang aku kena buat lagi ni. Tapi, rawatan kali ni dengan doktor ni aku paling suka sebab doktor baik dan lemah lembut. Tak ada nak garang atau marah-marah. Ye la..biasanya doktor kerajaan ni suka marah-marah gak.. Sebab stress kot, kan biasanya ramai pesakit jadi kesabaran tu tercabar la jugak. Doktor gigi kat klinik Peringgit ni tak ada lah nampak pemarahnya sebab aku perasan jugak yang pesakit kat sini tak adalah ramai sangat. Cuma kat bahagian bawah (klinik untuk pesakit biasa/luar) tu je yang ramai beghiokk (orang klate kata). Doktor kat bahagian bawah tu pun garang-garang.. Hahaha.. aku pernah kena, tiba-tiba kena marah dan halau duduk luar sebab teman kawan aku masuk. Hm.. mungkin serabut kut ramai sangat orang masa tu. Hahaha.. tapi waktu lain aku sebagai pesakit pun kena marah sebab lewat pegi klinik. Penyakit dah berat baru nak pergi klinik. Yang marah tu aku tak kisah, tapi dia macam hina aku sebab masa tu aku berkudis kat tangan. Boleh pulak dia kata, "Euww.. geli aku tengok kau ni.", "Jangan tersentuh, nanti aku pulak berjangkit". Hmm.. tersentuh hati jugaklah bila kena kata gitu, macam hinanya aku ni...Tapi tak apalah.. mungkin dia tengah stress kot.

Hahaha.. okey.. dah habis cerita gigi.. sampai melarat ke cerita doktor pulak.. Haha..kbye.

2 comments:

Unknown said...

sakit yg tiada ubatnye

Liza said...

Gigi sudah berlubang sejak dari sek rendah. Tampal & tampal. Hngga sekarang da umo 40 an.. gigi itu sudah menunjukkan kesakitan dgn rasa berdenyut2. Pagi ni g Klinik GG Bandar Baru Bangi, doktor gerudi tampalan lama, buh ubat & tampal semula. Kalau dlm masa seminggu sakit lagi...
Rawatan akar gigi la jawabnya..
Sayang gigi nak dicabut ohooo...